SEORANG lelaki di Nigeria yang ditangkap mencuri dihukum di khalayak ramai dengan cara menggigit zakarnya sehingga putus, lapor akhbar Daily Star pada Isnin.
Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter oleh Parti Marxist, insiden itu dikatakan berlaku di Semenanjung Bakassi, Nigeria.
Ia menunjukkan orang ramai bersorak ketika ‘hukuman’ dijalankan.
Beberapa laporan mengatakan bahawa pencuri berkenaan mencuri barangan yang bernilai kurang daripada RM4.60 (AS$1 dolar).
Dalam video tersebut, salah seorang penduduk setempat dilihat tunduk di hadapan pencuri yang dibogelkan itu sebelum menggigit zakarnya.
Penduduk lain kemudian membaling batu ke arahnya ketika dia terbaring dalam keadaan tidak berdaya.
“Sebab itulah kita perlu menghapuskan bentuk hukuman yang dijalankan sendiri dan memalukan ini.
"Hanya kerana dia mencuri sesuatu kurang daripada RM4.60 (AS$1), kemaluannya digigit,” demikian menurut ciapan Parti Marxist.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dengan ramai yang tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.
“Ini amat kejam dan bersifat gasar. Penyerang perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” kata seorang pengguna media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram