Pengaruh besar Bekking mampu pancing tonggak JDT ke Selangor FC


  • Podium
  • Selasa, 04 Okt 2022

Pengaruh Bekking mampu menarik minat pemain-pemain bertaraf star untuk menyertai The Red Giants. — Facebook

BARU-BARU ini, Selangor FC melantik Dennis Bekking sebagai Pengarah Teknikal baharu dalam persiapan kelab menjelang musim depan.

Bekking akan memulakan tugasnya secara rasmi di skuad Merah Kuning bermula pada 1 Januari 2023.

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu juga menyandang beberapa jawatan sepanjang kerjaya kejurulatihan profesionalnya sebelum ini.

Dia antara lain dilantik menjadi Pengarah Sukan di Go Ahead Eagles dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan persediaan teknikal kelab dari pasukan utama sehingga ke akademi.

Ketika menyandang jawatan itu, Bekking adalah individu yang membawa salah seorang bintang Johor Darul Takzim (JDT), Corbin Ong dari FSV Frankfurt ke Go Ahead Eagles di Eredivise (Belanda).

Fdz40sgVUAEjhAp

Bekking yang merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap perpindahan Corbin. — Twitter

Bekking yang menggantikan Michael Feichtenbeiner di Selangor FC juga merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap perpindahan pemain berdaruh kacukan Barbados-Malaysia itu ke Harimau Selatan pada tahun 2017.

Dengan pengalaman luas Bekking dalam bola sepak khususnya arena bola tempatan, dia mampu menarik minat pemain-pemain bertaraf star untuk menyertai The Red Giants.

Malah dengan pengaruh dan reputasi baiknya dengan Corbin dirasakan mampu menarik tonggak kebangsaan itu ke Selangor FC yang kini di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe.

Berdasarkan data transfermarkt.com, kontrak Corbin bersama JDT akan tamat pada 30 November ini sekali gus memungkinkan perpindahan pemain berusia 31 tahun itu ke Selangor FC.

Prestasi cemerlang Corbin yang boleh bermain secara full-time player boleh membawa satu dimensi baharu kepada Selangor FC dari segi corak permainan sekali gus membantu dalam usaha memulihkan imej Gergasi Merah.

Bukan sahaja daripada aspek pertahanan, sumbangan Corbin juga dilihat menyeluruh apabila hantaran dan percubaan yang dilakukan jarang mengecewakan sehingga menjadi ancaman lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram