Faisal Halim mampu lengkapkan pasukan — Johan Kamal


  • Podium
  • Selasa, 27 Sep 2022

Faisal juga dikaitkan dengan Kedah Darul Aman FC jika Nafuzi Zain berhijrah ke skuad Sang Kenari itu.

PASTI tapi belum rasmi...Faisal Halim mampu lengkapkan pasukan.'

'Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon tidak menafikan keperluan pemain itu dalam Selangor FC musim depan.'

Perkhabaran itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di Twitter pada Selasa.

Sebelum ini sudah banyak 'hint' yang mengatakan tonggak kebangsaan yang juga pemain sayap Terengganu FC (TFC), bakal berhijrah ke Selangor FC selepas kelab berkenaan berjaya mendapatkan tandatangan Tan Cheng Hoe.

WhatsApp Image 2022-09-27 at 19.32.28

Tangkap layar ciapan Fina Nasrom pada Selasa. — Twitter

Pemain lincah itu turut memberi tanda 'like' pada gambar Cheng Hoe yang menerima kontrak daripada Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah yang dikongsikan laman Instagram rasmi, Selangor FC.

Pemain yang terkenal dengan jolokan 'Mickey' itu turut dikaitkan dengan Kedah Darul Aman FC jika jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain berhijrah ke skuad Sang Kenari itu.

Terdahulu, pemain dari Pulau Pinang itu pernah memberitahu bahawa dia akan mengumumkan keputusannya sama ada akan kekal di TFC atau menerima tawaran pasukan lain selepas final Piala FA.

Bagaimanapun, dia hanya memberi isyarat mungkin terpaksa memilih haluan berbeza daripada Nafuzi pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram