'Good luck,' Faisal Halim bagi 'hint' destinasi musim depan?


  • Podium
  • Ahad, 25 Sep 2022

Faisal juga dikaitkan dengan Kedah Darul Aman FC jika Nafuzi Zain berhijrah ke skuad Sang Kenari itu.

SELANGOR FC akhirnya mengumumkan ketua jurulatih baharu mereka iaitu Tan Cheng Hoe yang bakal mengendali pasukan itu musim depan.

Cheng Hoe bakal memegang jawatan itu yang kini diisi pengendali sementara, Nidzam Jamil dengan dia bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih.

Pelantikan bekas jurulatih Kedah FA itu terjawab selepas gambarnya menerima kontrak daripada Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah dikongsikan laman Facebook rasmi, Selangor FC.

Gambar sama turut dikongsikan di Instagram kelab The Red Giants itu.

Apa yang menarik perhatian gambar tersebut mendapat 'like' daripada salah seorang pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab itu pada musim depan.

Pemain yang dimaksudkan ialah tonggak kebangsaan, Faisal Halim yang dikatakan bakal berhijrah ke Selangor FC selepas kelab itu berjaya mendapatkan tandatangan Cheng Hoe.

WhatsApp Image 2022-09-25 at 09.24.31

GAMBAR RMS dan Cheng Hoe (kanan) mendapat 'like' daripada Faisal Halim. — Instagram

Ia seolah-olah memberi bayangan Selangor FC bakal menjadi destinasi persinggahan pemain sayap lincah skuad Sang Penyu pada musim depan.

"Faisal Halim like post ni dan follow IG Selangor. Good luck Terengganu," komen @hrzmstqm.

"Liked by Faisal Halim," tulis @sofeaariss pula.

Selain Selangor FC, hangat diperkatakan di media sosial bahawa pemain berjersi no. 7 itu akan menyertai pasukan lamanya, Sri Pahang FC bagi menajamkan semula barisan serangan mereka.

Pemain yang terkenal dengan jolokan 'Mickey' juga dikaitkan dengan Kedah Darul Aman FC jika jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain berhijrah ke skuad Sang Kenari itu.

Terdahulu, pemain dari Pulau Pinang itu pernah memberitahu bahawa dia akan mengumumkan keputusannya sama ada akan kekal di TFC atau menerima tawaran pasukan lain selepas final Piala FA.

Bagaimanapun, dia hanya memberi isyarat mungkin terpaksa memilih haluan berbeza daripada Nafuzi pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram