Liverpool kepatahan sayap bertemu Ajax


  • Podium
  • Isnin, 12 Sep 2022

Masalah kecederaan yang membelengu Liverpool buat Klopp garu kepala. — Agensi

ANDY Robertson dijangka terlepas pertemuan Liga Juara-Juara antara Liverpool dengan Ajax pada Selasa selepas disyaki mengalami kecederaan lutut.

Bek kiri The Reds memainkan permainan penuh ketika pasukan kendalian Jurgen Klopp itu dikalahkan 1-4 oleh Napoli dalam perlawanan pembukaan kempen Eropah di Itali pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, kapten Scotland itu tidak akan bermain dalam pertembungan Kumpulan A dengan gergasi Belanda di Anfield selepas berdepan dengan masalah lutut kirinya.

Robertson dilaporkan berada di Pusat Latihan AXA di Kirkby pada Ahad dengan memakai pendakap lutut sekali gus memberi peluang kepada Kostas Tsimikas untuk berada di bahagian kiri empat bek Liverpool.

Kecederaan terbaharu ini bermakna masalah kecederaan skuad bimbinngan Klopp bertambah apabila Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita, Jordan Henderson, Ibrahima Konate, Curtis Jones dan Caoimhin Kelleher turut terpaksa duduk di tepi padang.

Kecederaan Robertson menambah lagi senarai pemain cederaan Liverpool. Agensi

Setakat ini, tidak jelas berapa lama Robertson berkemungkinan tidak beraksi dan Klopp tidak memberi sebarang kepastian ketika ditemui media.

Dalam pada itu, Joel Matip memulakan aksi pembuka musim Liverpool di Fulham pada 6 Ogos tetapi terpaksa direhatkan ekoran kecederaan pangkal paha manakala kapten Henderson juga berehat beberapa minggu akan datang ekoran kecederaan otot.

Sementara itu, Thiago Alcantara dijangka lebih kerap beraksi apabila diturunkan pada separuh masa kedua di Naples pada Rabu lepas, penampilan pertamanya dalam tempoh lebih sebulan dan Diogo Jota hanya kembali beraksi di Goodison Park selepas mengalami masalah hamstring semasa sesi latihan pramusim di Thailand. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram