Tiga kelab bakal 'sailang' JDT dapatkan Dion Cools


  • Podium
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Cools dikatakan akan memperkuatkan pasukan JDT pada musim depan. — Facebook

KELAB Denmark, FC Midtjylland mengumumkan bahawa mereka sudah mencapai kata sepakat dengan Dion Cools untuk membatalkan kontraknya bersama skuad The Wolves itu.

Ia sekali gus membenarkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium itu mencari pasukan baharu bagi menghadapi saingan musim 2022/2023.

Hala tuju Cools ke kancah Liga Malaysia bukanlah rahsia bahkan dia sudah dikhabarkan menyertai pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT), pada musim depan.

Begitupun, buat masa ini, dia difahamkan masih belum menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan. Malah berdasarkan data transfermarkt.com, pemain berusia 26 tahun itu ialah pemain ejen bebas.

Berdasarkan kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam sidang media bersama penyokong di Facebook JDT sebelum ini, baginda akan menandatangani Dion Cools kemungkinan pada hujung tahun ini atau tahun hadapan.

Dalam situasi semasa, tiga kelab Liga Malaysia boleh menjadi pencabar JDT untuk mendapatkan Cools bagi memperkuatkan pasukan dalam saingan musim depan.

1713553

Zamsaham menyatakan hasrat untuk meningkatkan pelaburan bagi mendapatkan pemain bintang bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan.

1) Kelantan FC

Pasukan milik Zamsaham atau nama sebenarnya, Norizam Tukiman itu antara yang dilihat berjaya segi pengurusan selain memiliki kewangan yang kukuh,

Malah Zamsaham sendiri menyatakan hasrat untuk meningkatkan pelaburan bagi mendapatkan pemain bintang bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan.

Dengan misi yang diletakkan itu, tidak mustahil Cools menjadi rebutan The Red Warriors.

Yazan Al-Arab in action for Selangor when they played Sabah last week. - Photo by Selangor FC

Yazan Al-Arab kurang cemerlang di bahagian pertahanan. — Instagram

2) Selangor FC

The Red Giants antara kelab Liga Malaysia yang stabil dari segi kewangan sekali gus membolehkannya menyambar Cools untuk memperkuatkan bek pertahanan.

Ketika ini, pasukan Merah Kuning bergelut dengan masalah kemerosotan prestasi yang antara lain menyaksikan dua pemain import Jordan, Baha Abdel Rahman dan Yazan Al-Arab kurang cemerlang di bahagian tengah bertahan/pertahanan.

Cools yang memainkan watak penting dalam membantu Harimau Malaya ke Piala Asia 2023, dilihat boleh menggantikan salah seorang daripada mereka pada musim depan untuk membantu memulihkan imej Selangor FC.

Kedah Darul Aman FC (MAS) vs Visakha FC (CAM) during their AFC Cup 2022 Group G match at Capt. I Wayan Dipta Stadium on June 30, 2022 in Denpasar, Indonesia. Photo by Robertus Pudyanto Hari Pribadi / Power Sport Images for the AFC

KDA FC pastinya akan menjadi pencabar JDT untuk mendapatkan khidmat Cools pada musim depan. — Agensi

3) Kedah FC

Selepas Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai pemilik saham terbesar bagi Darulaman Football Club Sdn Bhd, ramai yang berpendapat beliau boleh menambah baik skuad Sang Kenari yang turut dibelenggu masalah kemerosotan prestasi.

Mohd Daud disebut sebagai individu yang tepat memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas terutama dalam urus tadbir kewangan.

Tidak mustahil dengan kemasukan Daud Bakar, KDA FC mungkin berwajah segar memandangkan beliau bertanggungjawab membangunkan kelestarian kewangan, tadbir urus dan tatakelola, fasiliti, prasarana serta kualiti pemain dan kejurulatihan Sang Kenari.

Jadi dalam hal ini, KDA FC pastinya akan menjadi pencabar JDT untuk mendapatkan khidmat Cools pada musim depan.

Untuk rekod, Cools menyertai FC Midtjylland, daripada Club Brugge dengan kontrak tiga tahun pada Januari 2020.

Sejak melakukan penampilan pertama bersama skuad negara pada Jun tahun lalu, Cools telah melakukan 11 penampilan dan menjaringkan satu gol peringkat antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram