Legenda Man United lantang bersuara selepas Phil Jones disisihkan Ten Hag


  • Podium
  • Selasa, 06 Sep 2022

Jones mengalami beberapa kecederaan teruk yang mengakibatkan dia jarang diturunkan bersama Man United. — Agensi

RIO Ferdinand berharap Phil Jones dapat menghidupkan semula kariernya selepas Erik ten Hag dilaporkan 'memecat' pemain Inggeris itu dari bilik persalinan Manchester United.

Jones, 30, hanya beraksi dalam lima perlawanan sejak Januari 2020 akibat kecederaan lutut dan masih belum menyertai skuad itu untuk mana-mana enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dia hanya memiliki baki satu tahun lagi kontrak dalam perjanjian sedia ada.

Ten Hag didakwa telah mengeluarkan Jones, Brandon Williams, Axel Tuanzebe, Tegen Mendi dan Shola Shoretire keluar dari bilik persalinan untuk memberi ruang kepada pemain baharu United - Tyrell Malacia, Christian Eriksen, Lisandro Martinez, Casemiro, Antony dan Martin Dubravka.

Justeru, Ferdinand, yang pernah beraksi bersama Jones antara Ogos 2011 dan Mei 2014, berharap Jones dapat bermain secara kerap sekali lagi dalam masa terdekat sama ada di Old Trafford atau di tempat lain.

1_GettyImages-1372959771

Terdapat kemungkinan Ten Hag menyisihkan Jones daripada skuad Red Devils dengan mengatakan bahawa dia tiada tempat dalam pasukan musim ini. — Agensi

"Saya perlu jujur, saya harap ia tidak benar," kata Ferdinand kepada podcast Vibe with Five apabila ditanya mengenai dakwaan pemecatan Jones.

Dia mendakwa, terdapat kemungkinan Ten Hag menyisihkan Jones daripada skuad The Red Devils dengan mengatakan bahawa dia tiada tempat dalam pasukan musim ini.

"Tetapi itulah permainan. Jika anda tidak terlibat dan bukan sebahagian daripada skuad utama, mengapa anda tidak meninggalkan kelab itu bagi memberi ruang kepada orang lain?

"Kita perlu tunggu dan lihat nasib Jones, namun jika dia masih bersama Man United tetapi diturunkan ke pasukan simpanan, ia pasti sesuatu yang sukar untuk diterima oleh pemain pertahanan itu.

"Jones mengalami beberapa kecederaan teruk jadi saya hanya berharap dia kekal cergas dan akan pulih serta boleh beraksi pada masa akan datang.

Jones memenangi Liga Perdana, Piala FA, Piala EFL dan Liga Europa selama 11 tahun di Old Trafford selain membuat 229 penampilan untuk The Red Devils setakat ini.

Pemain itu memulakan kariernya di Blackburn sebelum berpindah ke Man United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram