PENYOKONG Sabah FC mampu menarik nafas lega setelah skuad Sang Badak berjaya mengikat pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada aksi liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Khamis.
Sabah yang terkenal dengan sifat 'lambat panas' hampir berputih mata apabila pemain import KL City, Giancarlo Gallifuoca menanduk masuk sepakan percuma kapten mereka, Paulo Jouse pada minit kelima.
Sabah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-47, menerusi peluang dimanfaatkan Dominic Tan yang melakukan cubaan selepas bola terlepas daripada hadangan penjaga gol KL City.
Namun pesta di kem Sabah tidak berpanjangan apabila KL City berjaya menambah gol kedua menerusi Akram Mahinan pada minit ke-60 sekali gus mengubah kedudukan dengan KL City mendahului 2-1.
Terdesak, skuad Sang Badak tetap meneruskan usaha menyamakan kedudukan sehingga akhirnya berjaya pada minit ke-85 menerusi sepakan percuma Saddil Ramdani.
Berikut adalah tiga poin yang menjadi bualan penyokong bola sepak usai perlawanan Liga Super Sabah FC menentang KL City.
Dominic selaku pemain pertahanan mencetak satu gol buat Sabah. — Facebook/MFL
1. Sabah FC tumpul di bahagian serangan
Seperti diramalkan sebelum ini, Sabah FC sering ketinggalan apabila lemau di separuh masa pertama dan hanya mampu mengeluarkan taringnya pada babak kedua.
Malatanga menerusi akaun Facebook berkata: "Jelas sekali Sabah FC ketandusan penyerang yang berbisa.
"Kadang kala pemain pertahanan yang berkerja keras membantu menjaringkan gol.
"JDT sentiasa menang bergaya kerana ramai bintang penyerang yang berbisa.
"Harap-harap ada sinar bahagian penyerang pasukan Sabah FC," katanya.
Kedudukan offside pemain KL City FC yang dipertikaikan penyokong. — Facebook
2. Seriuslah offside?
Dalam satu situasi dapat dilihat pemain berbaju merah (Sabah) merupakan pemain terakhir yang paling dekat dengan gawang gol. Jadi, apabila pemain baju putih (KL City FC) cuba untuk mendapatkan bola, pengadil garisan mengatakan dia berada dalam keadaan offside meskipun dia lebih hadapan berbanding baju putih.
Jadi, itu adalah satu keputusan salah untuk mengatakan pemain KL City tersebut dalam keadaan offside walaupun tidak.
Bagaimanapun, Sabah bernasib baik kerana tiada gol kerana sekiranya gol berjaya dijaringkan, pengadil akan membatalkannya kerana memikirkan penyerang itu dalam keadaan offside walhal tidak.
"Serious la linesman. Macam ni pun offside. Nasib baiklah tidak gol," kata ROTP.
Zaki Harun menyambung: "Bukan takat pengadil. Pengulas pun sama cakap offside sedangkan dalam replay jelas nampak onside.
Sabah gagal memungut tiga mata berharga selepas sekadar seri dengan KL City. — Facebook / MFL
3. Kedudukan Sabah FC goyah lepas gagal kutip kemenangan
Keputusan seri pada Khamis menyaksikan Sabah kekal di tempat kedua dengan 36 mata daripada 17 perlawanan, ini membuatkan jurang mereka bersama pencabar terdekat, Negeri Sembilan FC (NSFC) semakin hampir dengan perbezaan empat mata.
"Agak goyang kedudukan nombor dua Sabah ni.
"Lawan Selangor nanti mesti menang, jangan seri jangan kalah.
"Sebab perlawanan jauh yang tinggal hanyalah lawan Pahang, Terengganu dan Johor Darul Takzim.
"Semua power. Harap-harap tidak kena prank last minit kena pintas nanti," kata Jun Jun Junior. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram