'Jangan lupa ingat akhirat abang', CEO Selangor tegur pengadil


  • Podium
  • Ahad, 04 Sep 2022

Aksi menegur pengadil itu di tempat kereta stadium berkenaan dirakam dan tular di laman Twitter.

KETUA Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon ternyata tidak mampu menahan marah kepada pengadil perlawanan yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Sabtu.

Perlawanan Liga Super itu menyaksikan kedua pasukan hanya mampu berpuas hati memungut satu mata selepas seri 1-1 dengan gol pasukan pelawat, JDT diperoleh menerusi tendangan penalti yang diberikan pengadil, Zulkarnain Zakaria kepada Harimau Selatan di babak pertama.

Bukan hanya Johan Kamal, malah keputusan penalti yang diberikan oleh pengadil perlawanan itu turut dibantah pemain-pemain Selangor yang menganggap ianya bukan satu kesalahan yang besar.

Aksinya bersama penyokong yang menegur pengadil itu di tempat kereta stadium berkenaan dirakam dan tular di laman Twitter.

Rakaman tular berkenaan.

“Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain abang, ingat ada kad kuning kad merah kuat dah abang.

“Ingat anak bini di rumah tu, tangungjawab itu besar,” katanya di dalam video tersebut.

Dengan keputusan seri itu, JDT kekal berada di tangga pertama Liga Super selepas mengumpul 42 mata manakala Selangor FC berada di tempat kelapan dengan 17 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram