BINTANG import dari Indonesia, Saddil Ramdani muncul penyelamat Sabah apabila menyumbangkan satu gol untuk mengikat Kuala Lumpur City dengan keputusan 2-2 di Stadium Likas, Sabah.
Saddil meraikan jaringan sepakan percuma itu menerusi sepakan kaki kiri berbisa sekali gus menceriakan lebih 10,000 penyokong The Rhinos.
Pemain berusia 23 tahun itu dilihat meraikan kejayaan dengan membuat aksi akrobatik di atas padang.
Seperti kebanyakan pemain lain yang suka berkongsi kehidupan peribadi dengan peminat, Saddil juga antara yang aktif di laman Instagram.
Usai perlawanan tersebut, pemain kelahiran Raha, Sumatera Tenggara itu kemudian memuat naik Instastory namun apa yang menarik perhatian, dia meminta tolong dengan pengikut Instagramnya.
Saddil bermain dengan Sabah FC sejak 2019. — Facebook / MFL
Ini kerana pemain sayap itu tidak dapat memasuki bilik tidur kerana pintu terkunci dari dalam.
"Ada yang tau gak cara buka kamar (bilik) kalau dah kayak gini (macam ini) kekunci dari dalam lagi," katanya di kapsyen video yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, usaha membuka pintu bilik itu menemui jalan buntu hingga dia akhirnya terpaksa bermalam di luar bilik sahaja.
"Ni malam tidur di luar dulu ya," ujarnya dengan menambah emoji marah. Saddil memiliki 587,000 pengikut di Instagram.
Saddil sebelum ini pernah beraksi bersama Pahang pada musim 2019 sebelum kembali ke Indonesia untuk beraksi bersama Bhayangkara FC dan kini mengubah haluan bersama Sabah FC.
Kontraknya bersama The Rhinos dilanjutkan sehingga November 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram