Bintang Bayern antara 4 sasaran Liverpool ganti Sadio Mane


  • Podium
  • Khamis, 01 Sep 2022

Kone (dua dari kiri) itu berada dalam kontrak jangka panjang dengan kelab tersebut sehingga 2025.

PEMINAT bola sepak Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mengetahui jendela perpindahan EPL bakal berakhir pada Khamis dan ia merupakan peluang terakhir buat Liverpool untuk mencari pemain tengah yang sesuai dengan corak permainan The Reds.

Terdapat banyak calon sasaran pemain tengah namun hanya sedikit yang sesuai dengan ciri-ciri Liverpool.

Pemain seperti bintang Leicester City FC, Youri Tielemans dan tonggak Barcelona, Frenkie de Jong muncul sebagai calon yang berpotensi.

Namun, walaupun mereka adalah pemain yang berkualiti tetapi belum pasti sesuai dengan Liverpool.

Bintang Real Madrid FC, Aurelien Tchouameni juga dalam radar Liverpool pada awal musim ini kerana dikatakan dia sesuai dengan gaya permainan pengendali, Jurgen Klopp namun difahamkan Liverpool gagal mendapat pemain itu .

Tidak memerlukan nama-nama besar, strategi The Reds tertumpu pada mencari profil yang sesuai untuk sistem kelab dan salah seorang pemain dalam senarai Liverpool adalah Kouadio Kone, tonggak dari Borussia Monchengladbach.

Kone merupakan kalangan pemain tengah dalam lima liga terbaik Eropah seperti dilaporkan laman sesawang dan gaya permainannya juga dikatakan serupa dengan Tchouameni.

Pemain berusia 21 tahun berjaya membantu pasukannya mengikat Bayern Munich yang diwakili bekas bintang Liverpool, Sadio Mane dengan keputusan 1-1.

Kone dilihat mengawal seluruh bahagian tengah pada permainan itu dan menggagalkan serangan dari Mane dan pemain Bayern Munich.

Pemain antarabangsa Perancis Bawah 21 itu berada dalam kontrak jangka panjang dengan kelab tersebut sehingga 2025.

Dinilai RM83,106,156 oleh Transfermarkt, Liverpool perlu membayar lebih untuk mendapatkannya berdasarkan profil, umur serta kekurangan rekod kecederaan, sekali gus menjadi pembelian yang berbaloi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram