Antony bukan pengganti, MU masih perlukan Ronaldo — Ten Hag


  • Podium
  • Khamis, 01 Sep 2022

United masih memerlukan Ronaldo (tengah) musim ini. — Agensi

PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag menafikan bahawa kedatangan Antony ke Manchester United adalah petunjuk bahawa Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Old Trafford.

Laman portal DPA melaporkan bahawa Manchester United sebelum ini mencapai persetujuan dengan kelab Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam untuk khidmat pemain Brazil, Antony dan dikatakan perpindahan itu berjaya mencapai kata sepakat dari kedua-dua pasukan.

Ten Hag menegaskan pembelian itu adalah untuk menambah jentera serangan United sebelum kelab itu memulakan kempen Liga Eropah minggu depan dan bukannya petanda bahawa Ronaldo mungkin meninggalkan kelab itu.

Apabila ditanya secara langsung mengenai Ronaldo, Ten Hag berkata, United memerlukan pemain yang berkualiti dan bintang dunia itu mempunyai gaya permainan yang diperlukan pasukan berkenaan.

United juga dikaitkan dengan perpindahan Martin Dubravka dan Ten Hag tidak menjangkakan sebarang kemasukan lagi jika mereka mendapatkan penjaga gol Newcastle dan Antony.

“Mula-mula saya perlu menandatangani (Antony). Terdapat perjanjian antara kelab tetapi kertas kerja belum selesai jadi saya tidak boleh berkongsi lagi

“Untuk jendela ini, ia akan menjadi penamat (selepas Antony dan Dubravka) tetapi apabila ada peluang besar anda perlu sentiasa berwaspada sebagai kelab terbaik," kata pengendali The Red Devils itu.

United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan di tempat sendiri menentang Brighton sebelum dimalukan di Brentford, tewas 0-4.

Tetapi nasib United berubah dalam beberapa minggu lepas selepas menewaskan saingan sengit Liverpool 2-1, Southampton (1-0) dan mereka boleh melakar kemenangan hatrik berturut-turut jika berjaya menewaskan Leicester City awal pagi Jumaat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram