E Elavarasan kemudi skuad B-23 Harimau Malaya


  • Podium
  • Khamis, 01 Sep 2022

Pelantikan itu dilihat sebagai satu langkah yang tepat apabila Elavrasan merupakan pembantu kepada Pan-gon.

PERSOALAN mengenai ketua jurulatih baru untuk skuad kebangsaan B-23 terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan kekosongan itu bakal diisi dengan pembantu jurulatih Harimau Malaya, E Elavarasan.

Pelantikan itu dilihat sebagai satu langkah yang tepat apabila Elavrasan merupakan pembantu kepada Kim Pan-gon (KPG) sekaligus mampu menerapkan falsafah yang cuba disampaikan dalam skuad kebangsaan.

Terdahulu, skuad B-23 Harimau Malaya dikendalikan jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney yang meninggalkan pasukan itu selepas kegagalan untuk menempah slot ke Piala Asia B-23 berikutan kekalahan di tangan Uzbekistan.

Sementara itu, ketua jurulatih itu berkata, dia berasa bangga dengan amanah dan kepercayaan yang diberikan FAM dalam membimbing pasukan muda itu.

copyyy

Elavrasan sebelum ini merupakan pembantu kepada Pan-gon.

"Saya berasa cukup terharu dengan kepercayaan daripada pihak FAM yang telah diberikan kepada saya dalam mengendalikan pasukan ini meskipun saya memahami ini merupakan satu tugas yang sukar," katanya.

Pengumuman itu turut mengumumkan pembantu jurulatih, Juan Torres Garrido dan jurulatih kecergasan, Park Jihyeon yang pernah berkhidmat di beberapa pasukan berpengkalan di Korea Selatan.

Mengulas lanjut, dia akan juga memastikan pendekatan dan falsafah permainan yang diterapkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pan-gon bakal diterapkan dalam pasukan B-23 kelak.

"Kami akan memastikan pasukan ini diturunkan dalam sesi latihan dengan pendekatan yang lebih agresif dan lebih dinamik dalam memastikan mereka mampu memaksa pemain lawan untuk melakukan kesilapan.

"Perkara ini bagi membantu mereka untuk lebih bersedia sekiranya mereka diperkenalkan ke dalam skuad kebangsaan dengan mentaliti yang lebih matang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram