Pemain kelahiran Sweden, kini di Liga Thai bakal sarung jersi lama selepas 2 tahun


  • Podium
  • Sabtu, 20 Ogos 2022

Antara barisan pemain KDA FC pada 2020. — Facebook KDA FC

BERBAKI lagi beberapa perlawanan sebelum Liga Malaysia musim 2022 berakhir namun rumour mengenai perpindahan pemain baharu sudah mula hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong.

Seperti kelab lain, Kedah Darul Aman (KDA) FC juga tidak terlepas daripada terpalit mengenai desas-desus pemain yang bakal menyarung jersi Hijau Kuning pada musim hadapan.

Mana tidaknya, prestasi Kedah musim ini mengecewakan penyokongnya sehingga mereka menggesa dan mencadang agar pengurusan KDA FC melakukan perubahan dari barisan kejurulatihan serta pemain.

Selain spekulasi kemasukan Tan Cheng Hoe bagi menggantikan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, tersebar juga dakwaan mengenai bekas pemain Kedah, Amin Nazari dikatakan bakal kembali ke Darul Aman selepas dua tahun.

paywalll

Amin Nazari hanya membuat lapan kali penampilan semasa semusim bersama Kedah. — Facebook KDA FC

Mula menyertai Kedah pada 2020, pemain kelahiran Sweden itu hanya mampu menunjukkan bakatnya selama semusim kerana difahamkan dia gagal mengemudi jentera tengah Kedah dengan baiknya.

Meski mempunyai rekod yang kurang cemerlang bersama Kedah namun pemain berusia 29 tahun itu mempunyai pengalaman luas bersama kelab lain sehingga pernah bermain sebagai pemain kebangsaan Sweden.

Selepas meninggalkan Sang Kenari, Amin Nazari bermain sebagai pemain tengah untuk United City F.C. (kelab Filipina) dan kelab Liga 1 Thailand PT Prachuap serta terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Filipina.

Malah pada November 2021, Amin Nazari dipanggil sertai pasukan kebangsaan Filipina bagi Kejohanan AFF dan berjaya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk negara itu dalam perlawanan menentang Singapura.

Jika Amin Nazari memasuki Kedah pada musim hadapan, dia boleh mengisi kekosongan bekas pemain kebangsaan Thailand, Sanrawat Dechmitr sebagai pemain tengah KDA FC.

Sanrawat menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Bangkok United FC untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram