Elon Musk permainkan hati penyokong Man Utd


  • Podium
  • Rabu, 17 Ogos 2022

MU kini dimiliki oleh keluarga Glazer yang bersedia untuk menjual kelab itu tetapi hanya jika ditawarkan melebihi RM 26.1 bilion. — Agensi

JUTAWAN dunia, Elon Musk hanya sekadar bergurau apabila menyatakan bakal membeli kelab gergasi Eropah, Manchester United sebelum ini.

Perkara itu diumumkan menerusi laman Twitter rasminya pada Rabu.

“Tidak, ini sekadar jenaka yang sudah lama disiarkan di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana kelab sukan,” kata Musk apabila ditanya oleh pengguna Twitter jika dia serius untuk membeli kelab itu.

Sebelum ini, menerusi ciapannya di Twitter pada Selasa, pengarah syarikat Tesla itu secara terbuka mengatakan keinginan mahu membeli skuad The Red Devils.

Selain pengarah syarikat Tesla itu, dikatakan juga bahawa bekas Pengarah Manchester United, Michael Knighton kini sedang berbincang dengan beberapa jutawan menjelang tawaran untuk sesiapa yang berminat dengan kelab berpangkalan di Old Trafford itu.

Lelaki berusia 70 tahun itu mendedahkan bahawa dia berjaya mengumpulkan beberapa konsortium yang berminat untuk membeli kelab itu.

Knighton berperanan sebagai peranan perunding sekiranya perjanjian berjaya dicapai.

Beliau sebelum ini mendesak keluarga Glazer supaya melepaskan United kerana menganggap keputusan mereka untuk kekal sebagai pemilik menyebabkan kelab berdepan banyak krisis, terutamanya tentangan daripada penyokong.

Ia berikutan ramai antara peminat United yang melakukan protes terhadap Glazer ekoran prestasi hambar yang ditampilkan kelab tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram