INDIVIDU terkaya dunia, Elon Musk pada Selasa secara terbuka mahu membeli kelab gergasi Eropah, Manchester United (MU).
Menerusi ciapannya di Twitter pada Selasa, Musk tidak memberikan butiran lebih lanjut dan tidak jelas sama ada dia merancang untuk meneruskan perjanjian bagi mendapatkan Manchester United.
"Saya membeli Manchester United, selamat datang," kata Musk dalam tweet.
Musk mahupun keluarganya tidak menjawab sebarang persoalan mengenai kenyataannya itu.
Pasukan itu kini dimiliki oleh keluarga Glazer dan akhbar British, The Daily Mirror melaporkan pada tahun lalu bahawa pemilik berkenaan bersedia untuk menjual kelab itu tetapi hanya jika mereka ditawarkan melebihi $4.84 bilion pound (RM 26.1 bilion).
Selain pengarah syarikat Tesla itu, dikatakan juga bahawa bekas Pengarah Manchester United, Michael Knighton kini sedang berbincang dengan beberapa jutawan menjelang tawaran untuk sesiapa yang berminat dengan kelab berpangkalan di Old Trafford itu.
Lelaki berusia 70 tahun itu mendedahkan bahawa dia berjaya mengumpulkan beberapa konsortium yang berminat untuk membeli kelab itu.
Knighton berperanan sebagai peranan perunding sekiranya perjanjian berjaya dicapai.
Beliau sebelum ini mendesak keluarga Glazer supaya melepaskan United kerana menganggap keputusan mereka untuk kekal sebagai pemilik menyebabkan kelab berdepan banyak krisis, terutamanya tentangan daripada penyokong.
Ia berikutan ramai antara peminat United yang melakukan protes terhadap Glazer ekoran prestasi hambar yang ditampilkan kelab tersebut.
Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia yang mana pernah menjadi juara EPL sebanyak 20 kali dan menjulang trofi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali.
Peminat Manchester United sejak beberapa tahun kebelakangan ini memprotes Glazers, yang membeli kelab itu pada harga 790 juta pound ($955.51 juta) pada 2005.
Gerakan anti-Glazer semakin mendapat momentum tahun lalu selepas United terlibat dalam memberikan prestasi yang mengecewakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram