'Zaman sudah habis bro' — Penyokong lega Liridon tidak kembali ke Kedah, tapi ke kelab Thai


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Liridon Krasniqi akan meyertai Khon Kaen United secara pinjaman daripada JDT bagi mengisi kuota pemain import ASEAN. — Facebook

KHABAR angin yang mengatakan tonggak naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi bakal menyarung kembali menyarung jersi Kedah Darul Aman (KDA) FC jelas tidak benar setelah pemain itu sah menyertai kelab Thailand, Khon Kaen United.

Maklumat itu telah dikongsikan oleh halaman Facebook Perkembangan Bola Sepak Tempatan Dan Antarabangsa.

"Pemain tengah skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi diumumkan sebagai pemain baharu kelab Thai League 1, Khon Kaen United.

"Liridon menyertai kelab itu secara pinjaman dari Johor Darul Takzim," tulisnya.

Pemain naturalisasi negara itu akan menyertai enam lagi pemain import yang lain yang mana tiga daripadanya pemain dari Brasil, seorang pemain dari Korea dan seorang lagi dari Filipina bagi musim musim Thai League 2022/23.

Bakal bermain untuk posisi tengah Khon Kaen United, dia menyertai kelab tersebut secara pinjaman daripada JDT bagi mengisi kuota pemain import ASEAN.

Perkongsian gambar di laman media sosial 'Instagram' Liridon Krasniqi menimbulkan spekulasi ramai.

Perkongsian gambar di laman media sosial 'Instagram' Liridon Krasniqi yang tular menimbulkan spekulasi ramai baru-baru ini.— Instagram/Liridon

Sebelum ini, pemain kelahiran Kosovo itu pernah menjadi bualan hangat peminat fanatik KDAFC setelah dia memuat naik gambar di di Instastorynya menunjukkan dia sedang berlatih di padang bola MADA di Alor Star, Kedah.

Liridon yang popular dengan gelaran Mat Don dalam kalangan penyokong Hijau Kuning pernah beraksi dengan skuad itu pada 2015 hingga 2018 sebelum mewakili kelab Melaka United dan kemudiannya dibeli oleh Johor Darul Ta'zim pada tahun 2020.

Liridon yang popular dengan gelaran Mat Don dalam kalangan penyokong Hijau Kuning pernah beraksi dengan skuad itu pada 2015 hingga 2018. — Facebook

Liridon yang popular dengan gelaran Mat Don dalam kalangan penyokong Hijau Kuning pernah beraksi dengan skuad itu pada 2015 hingga 2018. — Facebook

Walupun begitu kebanyakkan peminat bola sepak tanah air mengharapkan perpindahan pemain berusia 30 tahun itu dapat menunjukkan pretasi yang baik seperti mana dia bermain bersama KDA FC sebelum ini.

Muhammad Zulqarnain berkata: "Liridon menyertai Kedah masa zaman kegemilangan dia, habis zaman prime dia blah.

"Bukan semua pemain ada longevity macam Amri (Yahyah) dan Zlatan (Ibrahimovic).

"Ramai yang one season wonder, Liridon kira okay sebab dah lima tahun juga dia perform," tulisnya

"Sayang betul mamat ni dulu masa main Kedah power. Sejak dia menyertai kelab 'J' hambar terus prestasi dia.

"Harap Leridon dapat balik main balik macam dulu-dulu," kata Muhamad Afiq Daniel.

"Zaman sudah habis bro. Kalau Mat Don datang Kedah lagi habis caca-marba skuad, yang sekarang final Piala FC pun tak lepas," kata Mat Kokdiang.

Untuk rekod, Liridon meninggalkan kelab Liga Super India, Odisha FC setelah tempoh pinjamannya tamat pada 30 Jun lalu dan dia juga pernah diiktiraf sebagai ‘Raja Gelecek’ Liga Super India (ISL) untuk musim 2021/22. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram