'Sign Pablo Dollah sampai 100 tahun', penyokong Tok Gajah ada sebab tersenyum semula


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Peminat Sri Pahang berdoa supaya sentuhan magis Dollah (kanan) dapat diteruskan lagi pada aksi berikutnya bertemu Melaka United, Sabtu ini. — Facebook/MFL

TIADA apa yang lebih menggembirakan dan melegakan penyokong Sri Pahang apabila melihat pasukan mereka kembali menemui rentak kemenangan dalam kancah saingan Liga Super.

Jika pada pusingan pertama Liga SUper, skuad tok gajah hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan, berbeza ketika ini, mereka menang tiga perlawanan pertama pusingan kedua apabila kedua-dua kemenangan hadir selepas pasukan dibimbing semula oleh legenda Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh.

Walaupun Dollah Salleh memulakan tugasnya dengan kekalahan dalam saingan Piala FA kepada Penang, skrip berbeza dilihat dalam aksi Liga Super, dengan Selangor, Kedah dan PJ City menjadi mangsa kebangkitan Tok Gajah.

Lebih daripada itu, rata-rata penyokong, mula berpuas hati melihat pasukan kesayangan mereka ini kini bermain lebih cantik, kemas dan tersusun berbanding ketika dipegang oleh Christophe Gamel.

Kini skuad Tok Gajah sedang memperbaiki kedudukan dalam Liga Super dengan menghuni tangga ke-6 dan berkongsi mata bersama pasukan Terengganu.

298768258_5489057211154928_5567637233933397455_n

Malik Mat Ariff sujud syukur selepas menjaringkan gol ketika menentang PJ City pada Selasa. Facebook/Sri Pahang

"Alhamdulilah kemenangan berturut-turut sejak Datuk Dollah ambil alih Sri Pahang FC, saya percaya Pahang akan kembali bangkit dan harap Dollah Salleh akan kekal bersama Sri Pahang hingga 2030," kata Mhd Fairul.

"Dah nampak peningkatan corak permainan Sri Pahang, harap-harap boleh terus konsisten dan jangan lupa diri pula lepas menang 3 kali berturut ini," jelas Naa Fizz.

"Hanya Datuk Pablo Dollah Salleh mampu jadikan pemain dari tadika terus bertukar bintang, kalau macam ini gayanya terus sign kontrak Dollah Salleh sampai 100 tahun," luah Harimau Timur.

"Nampak sangat perbezaan waktu Gamel dengan Dollah Salleh pegang, sebab pemain yang sama tapi kenapa bila Dollah Salleh pegang boleh menang tiga game berturut-turut," ujar Pok Nik.

298829489_5489057217821594_2251389237979374517_n

Rodriguez berjaya menjaringkan lima gol dan muncul sebagai wira untuk membawa tiga kemenangan berturut-turut. Facebook/Sri Pahang

Sepanjang berada di bawah kendalian ketua jurulatih yang baharu, penyerang import Pahang, Rodriguez berjaya menjaringkan lima gol dan muncul sebagai wira untuk membawa tiga kemenangan berturut-turut kepada pasukan dalam saingan Liga Super.

Diharap sentuhan magis Dollah dapat diteruskan lagi pada aksi berikutnya menentang pasukan Melaka United yang dijadualkan pada Sabtu (13 Ogos) di Stadium Hang Jebat, Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram