'Biar OKS bentuk dream team' — Sabah FC perjelas 9 'senarai bocor' ke The Rhinos musim depan


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Beberapa pemain berkualiti akan menyertai Sabah FC musim depan bagi memperkuatkan skuad itu sebagai antara pencabar utama Liga Super. — Facebook/Sabah Football Club

SELEPAS satu senarai mengandungi sembilan nama pemain yang dikatakan bakal ke Sabah FC musim depan 'bocor' di media sosial dan WhatsApp baru-baru ini, pengurus pasukan The Rhinos, Marzuki Nasir akhirnya tampil membuka mulut bagi memperjelaskan keadaan.

Beliau berkata, memang dia sudah berhubung dengan beberapa orang pemain ketika ini, namun dia tidak boleh mendedahkan nama-nama tersebut kena perlu menghormati kontrak mereka dengan kelab sedia ada.

"Pemain-pemain yang kita mahukan masih ada kontrak. Kita kena hormati kontrak itu.

"Apabila sampai waktunya, kita akan duduk berbincang untuk perhalusi perkara tertentu sebelum meneruskan proses rekrut pemain-pemain tersebut," katanya kepada Majoriti.

Marzuki

Marzuki berkata, dia tidak boleh mendedahkan nama-nama tersebut kena perlu menghormati kontrak mereka dengan kelab sedia ada.

Marzuki berkata, dia tidak mahu terburu-buru untuk memuktamadkan soal perpindahan pemain pada musim depan kerana perkara itu turut melibatkan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

"Kita akan rekrut pemain yang Datuk (Kim Swee) rasa kita perlu bawa masuk ke Sabah FC untuk tambah baik pasukan kerana tahun depan Liga Malaysia juga lebih panjang kerana ada penyertaan 18 pasukan.

"Cuma kena faham bahawa kita kena hormati kontrak pemain-pemain itu. Saya tak mahu mengganggu hubungan mereka dengan majikan sedia ada, jadi kena profesional bab ini," katanya lagi.

297088824_3305412583039185_1964066283123053869_n

Beberapa pemain berkualiti akan menyertai Sabah FC musim depan bagi memperkuatkan skuad itu sebagai antara pencabar utama Liga Super. — Facebook/Sabah Football Club

Ditanya jika senarai 'bocor' itu satu dream team yang mahu direalisasikan Sabah, Marzuki berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada OKS.

"Saya serahkan kepada Kim Swee untuk create dream team berdasarkan apa yang Presiden SAFA mahukan sebab ia bergantung kepada hala tuju beliau yang mahu mengangkat kembali martabat dan maruah bola sepak Sabah ke aras lebih tinggi.

"Jadi, biar Kim Swee assemble dream team dia sebagaimana dimahukan," ujarnya.

Sebelum ini, satu senarai mengandungi nama sembilan pemain termasuk beberapa bintang kelab gergasi Liga Super yang akan ke Sabah 'bocor' hingga menjadi bualan ramai.

1688375

Pemerhati sukan berpendapat, jika Akhyar dan Safawi ke Sabah, mereka akan menjadi aset terbesar buat pasukan Sabah. — Facebook

Antara yang menjadi perhatian ialah dua pemain JDT ketika ini iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid. Tidak ketinggalan nama penyerang Harimau Selatan iaitu Syafiq Ahmad.

Selain tiga nama itu, beberapa pemain kebangsaan turut tercatat dalam 'senarai bocor' berkenaan yang memasukkan Darren Lok, Faisal Halim, Brendan Gan, Azam Azih dan Mukhairi Ajmal.

Brendan dan Mukhairi merupakan pemain Selangor FC ketika ini manakala Darren Lok bermain dengan skuad PJ City, Faisal Halim (Terengganu FC) dan Azam Azih (Sri Pahang FC).

Turut dipetik berada dalam senarai bocor itu ialah Sony Norde, pemain tengah menyerang Melaka United FC (MUFC) yang beraksi cemerlang dengan skuad Hang Tuah pada musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram