Ibarat pra final Piala FA, penyokong JDT-TFC enggan berputih mata


  • Podium
  • Rabu, 10 Ogos 2022

Aksi Liga Super antara TFC-JDT malam ini boleh dianggap sebagai medan ujian taktikal terbaik kedua-dua pasukan menjelang final Piala FA. — Facebook/Johor Southern Tigers

MENJELANG perlawanan Liga Super antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di Kuala Nerus, Terengganu, pada Rabu boleh diibaratkan sebagai medan ujian terbaik kedua-dua pasukan menguji taktikal masing-masing menjelang final Piala FA nanti.

Tidak hairanlah, majoriti penyokong kedua-dua pasukan enggan pasukan kesayangan masing-masing berputih mata, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga daripada pertemuan itu.

Enggan menerima kekalahan, rata-rata penyokong mahukan kelab kesayangan mereka itu menjadikan perlawanan ini sebagai medan terbaik untuk menguji taktikal dan kebolehan kedua-dua pasukan.

Bakal bertandang ke stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, sokongan peminat JDT khususnya daripada 'Boys of Straits' pastinya akan mengiringi pasukan itu walau di mana jua lokasi perlawanan.

Penyokong setia JDT dijangka hadir di SSMZA. — Awani

Salah seorang penyokong JDT, Mahmood Yusof cukup yakin bahawa pasukannya akan menang dengan jaringan gol yang besar.

"Cantik JDT boleh test power berapa banyak gol boleh dapat, aku target 10 gol.

"Untuk KPI, kalau dapat score 10 gol jurulatih Hector memang power," katanya.

"Terengganu nak menang? lambat lagi, JDT di AFC Champions League tu pun dia boleh kalahkan Ulsan Hyundai... apatah lagi pemain FA cup Malaysia," kata Wanahmad Oneahmad.

Dalam pada itu, penyokong TFC juga menasihatkan JDT perlu berwaspada dengan ancaman dan kehebatan tuan rumah yang ternyata bukan pasukan sembarangan.

Muhammad Nazri berkata, "Harap-harap JDT jangan tunjuk sangat taktikal pasukan malam ini (Rabu), pastinya coach Terengganu akan scan taktikal dan cara permainan JDT untuk final Piala FA."

Tambah Fuziah Abas, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing dan harap dapat mempamerkan satu permainan yang menarik.

"Kalau tengok corak taktikal Insya-ALLAH JDT boleh menang, harap ada persaingan sengit daripada Terengganu dan ada tentangan sebelum menang.

"Semua kelab pun kuat tapi bezanya JDT cerdas akal, cepat berfikir, bertindak dan taktikal yang bagus," katanya.

Skuad JDT kini kekal menerajui Liga Super dengan 35 mata, jauh meninggalkan TFC di tangga keempat liga dengan kutipan 17 mata setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram