SKUAD badminton negara menyumbang dua lagi pingat gangsa dalam Sukan Komanwel Birmingham awal pagi Isnin, lapor Stadium Astro.
Selepas terkandas dalam separuh akhir, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memastikan kilauan pingat gangsa buat negara selepas menewaskan rakan sepasukan, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng, 21-19, 11-21, 21-11.
Satu lagi pingat gangsa dimenangi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, dengan menundukkan pasangan Scotland, Adam Hall-Julie Macpherson, 21-15, 21-17.
Untuk rekod, kesemua pemain berkenaan turut membantu skuad negara memenangi pingat emas acara berpasukan campuran dengan menewaskan India 3-1 pada Rabu lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram