'Dengan syarat,' Penyokong Harimau Selatan rela pemergian duo bintang


  • Podium
  • Isnin, 08 Ogos 2022

Penyokong JDT seperti sudah merelakan pemergian Safawi dan Akhyar ke Sabah FC. — Agensi

SABAH FC dikatakan bersedia untuk memberikan peluang kepada duo sensasi Johor Darul Takzim (JDT) dalam usaha memantapkan lagi pasukan menjelang musim hadapan.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee kini sedang berada pada tahap yang amat memberangsangkan selepas berjaya melonjak ke tangga kedua Liga Super di belakang JDT.

Menjelang saingan musim hadapan, Sabah dilaporkan sudah pun merancang untuk membawa nama-nama besar untuk beraksi bersama mereka.

Sebelum ini, Kim Swee berjaya menarik beberapa pemain bintang seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Dominic Tan, Gary Steven Robbat untuk memperkuatkan pasukannya.

Baru-baru ini terdapat laporan media mengatakan pihak pengurusan Sabah bakal merekrut beberapa pemain bintang baharu musim hadapan di antaranya ialah Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

ISKANDAR PUTERI, 4 Sept -- Pemain JDT Muhammad Safawi Rasid meraikan jaringannya bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah hari ini.-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sabah dilaporkan sudah pun merancang untuk membawa nama-nama besar untuk beraksi bersama mereka.

Malahan sebelum ini pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli, juga tidak terkejut jika dua pemain kebangsaan itu berhijrah ke skuad Sang Badak susulah faktor keberadaan Kim Swee dalam pasukan itu.

Menerusi komen Facebook di media sosial, rata-rata penyokong JDT seperti sudah merelakan pemergian Safawi dan Akhyar ke pasukan negeri di bawah bayu itu demi kepentingan masa depan pemain tersebut.

"Kenapa tak nak bagi peluang pada Safawi dan Akhyar main bola, masa sebelum sertai JDT bermati-matian nak ambil, bila diorang ini dah ada jurulatih tak nak bagi peluang main pula," ujar Khirhassan3.

"Bagi pinjam sajalah dekat pasukan lain, kesian juga diorang minit permainan kurang, nak lagi posisi dua pemain ini banyak persaingan," jelas Mohamadnazmi9.

"Rugi kalau JDT jual Safawi ke Sabah, kalau pinjam okay, tapi kalau Akhyar itu mungkin dah boleh jual ke pasukan lain," kata Amrhkxm.

"Bagi Akhyar, Safawi boleh pakai lagi, kalau bagi pinjam Sabah makin power lepas itu liga lagi sengit macam ini, baru seronok nak tengok Liga M," luah Pahmiroslan.

1683822

Akhyar masih tidak dapat ditemui pada musim ini manakala Safawi lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian. Facebook/JDT

Pengalaman beraksi di pentas antarabangsa sudah pasti ditagih Kim Swee dalam usaha membawa Sabah FC ke peringkat Asia musim hadapan.

Kelibat Akhyar masih tidak dapat ditemui pada musim ini manakala Safawi lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian buat JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram