Gandingan terjun Syafiq-Dhabitah raih gangsa


  • Podium
  • Isnin, 08 Ogos 2022

Pasangan Syafiq-Dhabitah membutirkan pingat gangsa pada Isnin. — Stadium Astro

GANDINGAN Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri membutirkan pingat gangsa buat negara dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama campuran Sukan Komanwel Birmingham di Pusat Akuatik Sandwell pada Isnin, lapor Stadium Astro.

Pasangan negara itu mengumpulkan keseluruhan 299.04 mata untuk muncul peserta ketiga terbaik di belakang pemenang pingat emas dari Scotland, James Philip Heatly-Grace Elizabeth Reid (306 mata), dan pemenang pingat perak dari Australia, Li Shixin-Maddison Keeney (304.02 mata).

Sebagai rekod, Syafiq sebelum ini turut memenangi pingat perak acara 3 meter papan anjal seirama lelaki bersama Gabriel Gilbert Daim.

Dhabitah pula cemerlang dengan dua pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal wanita dan 3 meter papan anjal seirama wanita bersama Wendy Ng Yan Yee. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram