Koleksi perak bertambah, kali ini giliran Nur Dhabitah, Wendy Ng acara terjun 3 meter seirama


  • Podium
  • Sabtu, 06 Ogos 2022

Nur Dhabitah dan Ng Yan Yee menambah koleksi pingat perak kontinjen negara. — Agensi

GANDINGAN penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee, menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam final acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita di pusat akuatik Sandwell, England pada Sabtu.

Nur Dhabitah menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata dan hanya ketinggalan 16.68 mata di belakang belakang pemenang pingat emas dari Australia, Maddison Keeney-Anabelle Luce Smith.

Wakil Kanada, Margo Claire Erlam-Mia Jolie Doucet Valee, pula memenangi pingat gangsa dengan 297 mata.

Yan Yee seterusnya akan bergandingan dengan Gabriel Gilbert Daim dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran manakala Nur Dhabitah pula akan berpasangan dengan Syafiq Puteh dalam acara sama pada Isnin.

Nur Dhabitah sebelum itu akan terlebih dahulu bergandingan dengan Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama wanita pada Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram