TFC had jualan tiket fizikal semi final Piala FA


  • Podium
  • Rabu, 03 Ogos 2022

Jika Terengganu menang, ia akan menjadi perlawanan terbesar buat Nafuzi Zain dalam kariernya sebagai pengendali pasukan itu. — Agensi

SEBANYAK 12,000 sahaja tiket fizikal yang akan dijual Terengganu FC (TFC) kepada penyokong mereka yang mahu menyaksikan aksi Faisal Halim dan rakan-rakan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor pada Sabtu.

Jumlah itu ditetapkan selepas jualan tiket atas talian mendapatkan sambutan yang memberangsangkan.

Menurut TFC dalam kenyataannya, jumlah jualan tiket atas talian sudah pun habis dijual dan ini memaksa pasukan untuk hanya menawarkan jumlah 12,000 tiket fizikal sahaja yang boleh dibeli di stadium.

“Untuk maklumat, kesemua tiket atas talian habis dijual pada hari kedua penjualan. Jumpa anda Sabtu ini! Lautan hitam putih akan bergelora!”

Jumlah 12,000 tiket itu pula dipecahkan lagi kepada 10,000 hanya untuk tiket dewasa sahaja serta 2,000 lagi untuk kanak-kanak.

Selain itu, pihak kelab hanya benarkan maksimum empat keping tiket boleh dibeli oleh seorang individu sahaja bagi mengelakkan isu ketidakadilan kepada penyokong.

6b702ef725a1a6fbab1f94df1bbf74b56262d9d86343b

Terengganu akan bertemu Selangor dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan misi jelas untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

“Untuk makluman, 12,000 keping tiket bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA antara pasukan Terengganu FC menentang Selangor FC pada 6 Ogos 2022 akan mula dijual pada hari Sabtu iaitu bersamaan dengan tarikh hari perlawanan. Penjualan tiket ini adalah merangkumi 10,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak.

“Bagi memastikan kapasiti tempat duduk stadium dapat memuatkan kesemua penyokong yang membeli tiket, kanak-kanak berusia atas 2 tahun diwajibkan masuk bertiket,” jelas kenyataan itu.

Terengganu akan bertemu Selangor dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan misi jelas untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Jika berjaya layak, ia akan menjadi perlawanan terbesar buat Nafuzi Zain dalam kariernya sebagai pengendali Terengganu.

Bagi Selangor pula, perlawanan ini cukup penting terutamanya buat pengendali iaitu Michael Feichtenbeiner yang kini semakin ditekan oleh penyokong mereka.

Jika tewas, berkemungkinan besar beliau akan disingkirkan dari Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram