
DALAM laporan kewangan terbaharu, Sony mendedahkan beberapa butiran baharu mengenai PlayStation 5.
Antara yang didedahkan adalah jualan konsol terkini mereka itu kini sudah berjaya mencecah 21.7 juta unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada November 2020, lapor Gamespot.
Sebagai perbandingan, dalam tempoh yang sama, PS4 berjaya mencecah jualan sebanyak 25.4 juta unit.
Selain itu, Sony turut mendedahkan yang pelanggan PlayStation Plus menurun ke 47.3 juta, jatuh dua peratus.
Menurut VGC pula, ketika ditanyakan soalan tentang apakah mereka akan menaikkan harga PS5, Sony nampaknya tidak mahu memberikan sebarang komen.
“Tentang kemungkinan kenaikan harga PS5, pada waktu ini tiada sebarang info khusus yang saya boleh kongsikan dengan anda tentang harga,” ujar CFO Sony, Hiroki Totoki.
Khabar angin tentang kenaikan harga pasaran PS5 ini timbul kerana pada April lalu, Sony dilaporkan menaikkan harga beberapa produk mereka untuk pasaran Jepun seperti pemain Blu-ray, sistem home theatre, headphone dan speaker.
Untuk pasaran Malaysia, PS5 dijual pada harga RM1,869 (versi digital) dan RM2,299 bagi versi disk di pengedar sah Sony. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram