Johor terus luaskan kuasa, buka hotel eSports pertama


  • eSports
  • Isnin, 06 Jun 2022

Setiap bilik dilengkapi dengan PC dan peralatan permainan berkualiti tinggi. — Facebook

KINI percutian para gamers semakin menyeronokkan apabila sebuah hotel berkonsepkan esports mula beroperasi di Senai, Johor.

Di luar, ia mungkin kelihatan seperti hotel biasa, tetapi apa yang menjadikan bilik ini istimewa ialah setiap bilik dilengkapi dengan PC dan peralatan permainan berkualiti tinggi.

Hotel ini dibangunkan dan dibina oleh sebuah organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital.

Orang ramai yang datang ke Johor untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau skuad esports boleh mencari bilik yang mereka semua boleh berkongsi yang mana lengkap dengan empat PC dan kerusi permainan.

Ia terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, iaitu mengambil masa selama kira-kira tiga minit sahaja dengan berjalan kaki.

Hotel esports

Hotel ini dibangunkan dan dibina oleh sebuah organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital. Facebook

"SEM9 Senai menawarkan keselesaan terbaik. Reka bentuk dan fungsi yang ada pada hotel ini bukan sahaja untuk peminat esport tetapi juga untuk memenuhi keperluan tetamu daripada semua latar belakang," kata Pengerusi SEM9, Tommy Chieng.

Di sini tetamu boleh merasai kemegahan visual gaming yang terbaik dengan komputer permainan berprestasi ultra tinggi yang dikuasakan oleh grafik Nvidia terkini. Ia turut dilengkapi kerusi gaming yang selesa.

Seluruh hotel dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi dan akses Internet mudah alih, sama ada melalui WiFi atau kabel.

Selain itu terdapat juga bilik yang dilengkapi dengan PlayStation 5 dan DualSense wireless controllers.

Untuk pengalaman penuh, SEM9 juga mempunyai zon barangan di mana anda boleh mendapatkan pakaian esports daripada jenama seperti GANK.

Mereka juga mempunyai bilik biasa, sekiranya anda melancong dengan sekumpulan kawan yang hanya mahukan percutian biasa dan tenang.

Bilik SEM9 Senai kini sudah boleh ditempah bermula 1 Jun 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram