Desas-desus ke Sabah FC, mampukah Norde menyerlah tanpa Oti?


  • Podium
  • Selasa, 02 Ogos 2022

Norde (kanan) yang bersama MUFC sejak 2020 mengekalkan momentum kecemerlangan dengan skuad Hang Tuah pada musim ini. — Bernama

KEBELAKANGAN ini, kecoh di media sosial perkhabaran beberapa pemain yang dikatakan berada dalam radar ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee untuk dibawa masuk ke dalam skuad The Rhinos pada musim depan.

Selain Darren Lok, beberapa nama pemain kebangsaan seperti Faisal Halim, Brendan Gan, Azam Azih dan Mukhairi Ajmal turut dipetik kononnya bakal menyertai Sabah FC bagi memperkuatkan skuad itu sebagai antara pencabar utama Liga Super.

Turut disebut-sebut bakal menyertai Sang Badak ialah pemain tengah menyerang Melaka United FC (MUFC), Sony Norde yang beraksi cemerlang dengan skuad Hang Tuah pada musim ini.

Tidak menafikan khabar angin itu, Norde menerusi rakaman temu bual yang dimuat naik ToraBola Officials pada Isnin memberitahu bahawa memang ada kemungkinan untuk dia menyertai Sabah.

"Yeah there is chance but it is too early. (Ya, memang ada peluang namun masih terlalu awal untuk diperkatakan). I would like to come here. I am very excited. (Saya mahu ke sini (Sabah). Saya sangat teruja).

"I almost come here last year you know but when the manager contact me, I dediced for Malacca. (Saya hampir sertai Sabah pada musim lalu, tapi apabila pengurus hubungi saya, Melaka jadi pilihan saya).

"But next year, let's see... but it is too early to say. (Namun untuk musim depan, tengok macam mana, masih awal untuk saya komen," katanya.

Rakaman temu bual ToraBola Officials dengan Norde yang dimuat naik pada Isnin. — Facebook

Di sebalik keterujaan peminat Sabah FC mahu melihat sosok Norde di Negeri Bawah Bayu, ada yang tertanya-tanya mampukah dia mempamerkan aksi cemerlang tanpa Emmanuel Oti yang diketahui merupakan rakan sepasukan paling serasi dengannya.

Duo profilik itu sering melakukan larian-larian berbahaya yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan lawan selain bebas bergerak di pelbagai posisi.

Norde yang terkenal dengan panggilan Magician dalam kalangan penyokong MUFC misalnya, boleh bermain di posisi sayap kanan dan kiri manakala Oti pula mampu bertukar posisi dengan bermain di bek tengah.

Kedua-dua import Melaka itu mempamerkan work-rate, teknik gelecek dan penyudah yang agak baik setiap kali diturunkan bersama.

295018985_5359218324145728_8307581537958938318_n

Duo profilik ini sering melakukan larian-larian berbahaya yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan lawan selain bebas bergerak di pelbagai posisi. — Facebook

Walaupun usia Norde mencecah 33 tahun, dia memiliki ketahanan stamina yang kuat serta tidak berdepan masalah untuk bermain selama 90 minit bersama Oti, 26, yang jauh lebih muda.

Jadi tanpa kehadiran Oti, mampukah Norde mencipta kecemerlangan seperti permainannya di Melaka yang mana dia dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Man of the Match) MUFC dua kali berturut-turut bagi aksi Liga Super 2022.

Norde juga tidak mungkin tidak berpeluang bergandingan dengan Saddil Ramdani, pemain sayap lincah Sabah FC yang memiliki kepantasan seperti Oti memandangkan bintang Indonesia itu juga dikhabarkan tidak bersama The Rhinos musim depan, sekali gus meninggalkan kelopongan pada posisi tersebut.

Begitupun, mungkin posisi tersebut bakal diisi oleh Petrus Shitembi, pemain Terengganu FC yang juga dikhabarkan akan menyertai The Rhinos musim depan. Jika benar, dia mungkin boleh menjadi pairing baharu buat Norde. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram