Tinggalkan legasi di JDT, ini 3 'ubi muda' padu hasil sentuhan Mora


  • Podium
  • Jumaat, 29 Jul 2022

Jurulatih kelahiran Mexico itu mengendalikan 148 perlawanan sepanjang mengendalikan JDT sejak 2017. —Facebook/JDT

BERITA sedih buat penyokong Johor Darul Takzim (JDT) minggu ini apabila jurulatih berwibawa, Benjamin Mora sah meninggalkan Harimau Selatan.

JDT dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan berkenaan dibuat Mora sendiri atas alasan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.

Mengendalikan Harimau Selatan sejak 2017, rekod cemerlang jurulatih berusia 43 tahun itu tidak dapat disangkal lagi terutamanya apabila berjaya membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC musim ini.

Selain menjulang empat kejuaraan Liga Super, empat trofi Piala Sumbangsih dan satu trofi Piala Malaysia, Mora juga berjaya melahirkan tiga pemain muda hasil sentuhan magisnya.

Menurut laman Facebook Empayar Darul Takzim-EDT, jasa Mora sangat bermakna apabila berjaya menaikkan tiga pemain dari skuad feeder JDT II sehingga menjadi antara yang terbaik dalam Liga Malaysia

Berikut merupakan tiga 'ubi muda' JDT yang berjaya mencipta nama dibawah tunjuk ajar Benjamin Mora:

1) Mohd Afiq Fazail

afiq new

Afiq Fazail pemain dibawa sertai skuad utama pada 2017. —Facebook JDT

Sebaik sahaja dilantik menjadi ketua jurulatih Harimau Selatan pada 2017, Mora tidak melupakan pemainnya di JDT II apabila turut membawa masuk Afiq Fazail ke skuad utama.

Pemain tengah kelahiran Pontian itu dipilih Mora kerana yakin dengan kemampuan dan potensinya ketika beraksi bersama JDT II.

Afiq Fazail kini adalah pemain tengah utama JDT dan tidak dapat dinafikan dia antara pemain tengah terbaik di Malaysia.

Malah, Afiq pernah muncul di diketengahkan oleh media Sepanyol, Football Espana yang menggelar Afiq sebagai pemain tengah yang mempunyai kebolehan seperti Xavi dan Alonso Iniesta.

2) Ramadhan Saifullah

ramadahn

Ramadhan mula dipantau oleh Mora pada awal 2020. —Facebook JDT

Pemain yang pernah dianugerahkan Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam program ‘Mencari Ramli 5’ itu mula dipantau Mora pada awal 2020 dan Ramadhan diberi kepercayaan dan peluang untuk sertai skuad utama JDT.

Selain cemerlang bersama Harimau Selatan, anak jati Johor Bahru itu juga pernah bersama skuad Malaysia untuk saingan kejuraan AFC B-19 di Indonesia pada 2018.

Hasil sentuhan Mora, pemain berusia 22 tahun itu semakin digeruni dalam saingan Liga Malaysia selain mempunyai rating tinggi selepas mempamerkan aksi cemerlang termasuk dalam saingan ACL.

3) Arif Aiman Hanapi

arif aiman ew

Arif Aiman terpilih menjadi sebagai pemain MVP sewaktu ABK2021. —Facebook JDT

Populariti Arif Aiman dalam persada bola sepak negara tidak dapat disangkal lagi dan antara orang pertama yang melihat bakatnya ialah Mora.

Pada awal 2020, jurulatih Mexico itu kerap memantau prestasi Arif Aiman di JDT II sebelum membuat keputusan menyerap masuk pemain muda itu ke dalam skuad utama sekali gus memberi peluang kepadanya menyerlahkan kemampuan sebenar.

Arif Aiman juga dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) sewaktu Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021).

Sewaktu bersama JDT, Mora juga menegaskan mana mungkin melepaskan Arif Aiman apabila timbul isu 'ubi muda' itu dipantau pencari bakat dan ejen bola sepak termasuk kelab luar negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram