Pernah berguru di Real Madrid dan Barcelona, Hector Bidoglio sah ganti Benjamin Mora


  • Podium
  • Khamis, 28 Jul 2022

Bidoglio secara rasminya bakal mengambil alih tugas daripada bekas jurulatih, Benjamin Mora. — Johor Southern Tigers

SELEPAS berteka-teki siapakah bakal mengemudi Johor Darul Takzim (JDT), skuad berkenaan akhirnya mengumumkan Hector Bidoglio dilantik sebagai jurulatih baharu Harimau Selatan.

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers pada Khamis, beliau secara rasminya bakal mengambil alih tugas daripada bekas jurulatih, Benjamin Mora.

Bekas pemain Venezuela ini memulakan karier kejurulatihan dengan kelab beberapa kelab yang berpangkalan di Argentina, Newell’s Old Boys.

Malah, beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.

Beliau juga pernah berguru dengan pengurus tersohor, Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Dengan pengalaman luas pengendali kelahiran Rosario, Argentina itu, beliau diyakini mampu mengemudi JDT dalam menghadapi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Sebelum ini, JDT mengesahkan pengunduran Mora kerana urusan keluarga di Mexico. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram