
PASUKAN Melaka United berjaya mengembalikan rentak kemenangan apabila menewaskan pasukan pelawat Penang FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Selasa.
Pertembungan itu bagaimanapun menyaksikan perlawanan seimbang di antara kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan sebaik sahaja sepak mula bagi memburu gol pembukaan.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke-5 hasil hantaran cantik oleh pemain tengah Melaka, Adriano Narcizo kepada Emmanuel Oti yang berjaya merembat bola masuk ke dalam gawang gol pasukan pelawat.
Tidak terhenti disitu pasukan Melaka United terus mengandakan jaringan hasil gerakan larian oleh ketua pasukan, Sony Norde sebelum diberikan kepada Adriano untuk disudahkan dengan rembatan jauh dari luar kotak penalti.
Tersentak dengan jaringan itu, Penang FC terus menggandakan asakan bagi mendapatkan jaringan gol menerusi beberapa percubaan.
Pada babak separuh masa kedua pasukan Penang FC cuba merencanakan stratergi baharu apabila memasukkan pemain import, Endrick dos Santos dengan harapan untuk menyamakan kedudukan.
Oti berjaya merembat bola masuk ke dalam gawang gol pasukan pelawat. — Facebook/Melaka United
Malangnya rancangan itu tidak terjadi apabila Ifedayo Olusegen menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-58 apabila menyempurnakan hantaran lintang daripada Syazwan Andik untuk menolak bola masuk ke dalam gawang gol lawan.
Selang dua minit kemudian pasukan tuan rumah sekali lagi berjaya menambah jaringan gol hasil kesilapan pemain Penang FC yang dirampas oleh Sony Norde untuk melakukan serangan pantas dan disudahkan oleh pemain import, Justin Baas.
Tambah derita lagi buat skuad Harimau Kumbang apabila pemain import mereka Endrick mengalami kecederaan walaupun baru 17 minit beraksi hingga terpaksa diganti Faiz Mazlan.
Jaringan keempat yang dihasilkan pasukan Melaka United membuat penjaga gol pasukan lawan, Hafizul Hakim terduduk sambil memerhatikan pemain pertahanan pasukan sendiri.
Bagaimanapun, Penang akhirnya berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi sepakan percuma pemain import baharu mereka Lucas Silva pada minit ke-85.
Pasukan Penang cuba menambah jaringan pada masa tambahan dengan serangan balas tetapi gagal kerana barisan pertahanan Melaka berjaya mengawal kubu pasukan dengan baik.
Perlawanan berkesudahan 4-1 dengan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah yang berjaya mengekalkan kedudukan di tempat keenam manakala pasukan Penang kekal di tangga tercorot liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram