Magis saat akhir JDT, 3 poin jadi bualan hangat saksi Melaka gigit jari


  • Podium
  • Ahad, 24 Jul 2022

Johor mengecewakan Melaka selepas menewaskan pasukan itu dengan skor 2-1 dalam pertemuan di Stadium Hang Jebat, pada Sabtu. 

SKUAD Johor Darul Takzim (JDT) mengesahkan kedudukannya sebagai pasukan ketiga layak ke separuh akhir Piala FA selepas membaham pasukan Sang Kancil dalam pertemuan di Stadium Hang Jebat, pada Sabtu.

Pertemuan peringkat suku akhir Piala itu menyaksikan gol pertama dijaringkan oleh penyerang JDT, Hazwan Bakri seawal minit ketiga.

Melaka United FC bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Sony Norde.

Begitupun, JDT membuat magisnya pada saat-saat akhir pelawanan selepas mencetak gol menerusi jaringan cantik daripada penyerang import Harimau Selatan, Bergson da Silva pada masa tambahan.

Jaringan itu sekali gus menewaskan penjaga gol Melaka, Bryan See yang ternyata beraksi dengan cukup cemerlang sepanjang perlawanan.

Ini tiga poin yang heboh diperkatakan penyokong kedua-dua pasukan pada perlawanan itu.

295302385_2345946248901994_834839649885284490_n

Hazwan memanfaatkan peluang bermain dalam kesebelasan utama dengan sebaik mungkin. — Facebook

1) Player bench pun boleh buat gol

Mendapat kepercayaan jurulatih kecergasan JDT, Jorge Alvarez, Hazwan yang hanya mengumpul lima minit masa permainan dalam kejohanan Liga Super setakat musim ini, diturunkan buat kali pertama dalam aksi suku akhir Piala FA.

Bekas penyerang skuad kebangsaan itu memanfaatkan peluang bermain dalam kesebelasan utama dengan sebaik mungkin menerusi satu tandukan gol sekali gus membuktikan dia masih berbisa walaupun jarang diturunkan.

Begitupun dia gagal menggandakan jaringan selepas tidak berjaya menyudahkan hantaran lintang daripada Arif Aiman pada babak kedua permainan.

295120896_2345946122235340_3388151767117845985_n

Leandro antara pemain yang dilayangkan kad kuning. — Facebook

2) Drama kad kuning

Sepanjang aksi itu, sebanyak lima kad kuning dilayangkan kepada kedua-dua pasukan. Pemain pertama dilayangkan kad kuning ialah import Melaka, Adriano Narcizo selepas mengasari pemain JDT, Leandro Velázquez.

Selepas insiden itu, pemain JDT, Leandro dan pertahanan Melaka, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman pula dikenakan kad kuning berikutan provokasi antara kedua-dua pemain itu.

Pemain sayap JDT, Arif Aiman pula menjadi pemain ketiga menerima nasib sama.

Bergson yang muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan JDT turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana menanggalkan dan membaling jersinya.

294897712_2346002302229722_8867153083738571262_n

Arif dilihat berkali-kali dilihat cuba membawa bola secara solo sekali gus menyukarkan pasukan mendapat jaringan awal. — Facebook

3) Arif jangan main solo

Rata-rata penyokong JDT melahirkan kekecewaan mereka dengan aksi Arif pada pertemuan itu kerana berkali-kali dilihat cuba membawa bola secara solo sekali gus menyukarkan pasukan mendapat jaringan awal.

Pemain muda itu dirasakan perlu bekerjasama dengan bek serangan bagi menghasilkan jaringan yang lebih tajam bagi membolehkan JDT berada di kedudukan selesa, lebih awal.

Untuk rekod, Johor akan melayani kunjungan Penang FC dalam pertemuan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram