PASUKAN Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di kubu sendiri selepas tewas 0-2 ketika berdepan Selangor FC dalam aksi suku akhir Piala FA yang diadakan di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu.
Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Hyuri Henrique dan Herlison Caion.
Skuad Selangor jelas mempamerkan aksi begitu bertenaga sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung untuk mengetepikan tuan rumah yang dilihat serba tidak menjadi di segenap posisi.
Dalam perlawanan tersebut pasukan tuan rumah dilihat terus buntu untuk mendapatkan gol sulung mereka walaupun berjaya mencipta beberapa siri serangan ke arah kubu pelawat.
Kemasukan Jose Embalo juga tidak begitu memberi impak di bahagian serangan apabila penyerang import itu dilihat masih tercari-cari rentak permainannya untuk membantu Sabah dapatkan jaringan.
Penyokong Sabah menggelar Embalo sebagai Maharaja Lawak di padang. — Facebook/ Sabah FC
Kekalahan kepada Selangor jelas tampak penyokong Sabah tidak berpuas hati dengan pemain import baharu Sang Badak itu yang menggantikan pemain kelahiran Brazil, Neto Pessoa di jendela perpindahan kedua.
Laman Facebook Sabah Supporters Club dalam satu hantaran tampak tidak berpuas hati dengan persembahan pemain kelahiran Portugal yang tidak memberikan sebarang impak positif selepas empat perlawanan.
Malah Sabah Supporters Club turut mengelar Embalo sebagai 'Maharaja Lawak' di padang dan menyenaraikan 10 sebab kenapa Embalo tidak layak untuk menyarung jersi negeri di bawah bayu itu.
"Empat perlawanan Jose Embalo bermain seperti maharaja lawak di padang harap permainan yang ke-5 dapat membantu pasukan, ini bukan provokasi atau menghina tapi hakikatnya dia tidak pandai bermain bola.
"Embalo, 1. gameplay tak ada, 2. no shooting on target, 3. shooting off target pun tak ada, 4. menanduk menggunakan atas kepala di hadapan tiang gol, 5. no challenge ball.
"6. Dia tak pandai passing bola, 7. tak pandai cari ruang, 8. berat (lambat berlari), 9. buat rakan sepasukan tertekan dan akhir sekali setiap kali masuk team akan auto jadi 10 pemain," katanya dalam Facebook.
Penyokong mahu pihak pengurusan menggantikan Embalo dengan Sony Norde. — Facebook / Melaka United FC
Di ruangan komen pula rata-rata penyokong Sabah mahu pihak pengurusan menggantikan Embalo yang baru sahaja ditandatangani pada jendela perpindahan kedua dengan pemain import Melaka United, Sony Norde.
"Kalau Sabah ambil Sony waktu jendela perpindahan kedua tempoh hari pasti The Rhinos mampu kecewakan semua pasukan dalam Liga M," kata Questylez Jose.
"Padu Sony Norde ini, dua orang defender JDT kejar dia kiri kanan masih lagi boleh bawa bola dah hampir buat gol, ini baru penyerang padu," jelas Ajmi Ajmer.
"Pemain import macam Sony Norde ini baru kuat dan rajin, bukan macam Embalo itu harap fizikal sahaja tinggi tapi kosong," ujar Larney Mw.
Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dengan Selangor menjadi pasukan pertama berjaya mengesahkan tempat di pusingan separuh akhir selepas menewaskan Sabah menerusi keputusan 2-0. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram