'Long ball is back,' penyokong Tok Gajah hilang teruja sambut Fandi Ahmad


  • Podium
  • Khamis, 21 Jul 2022

Dollah (kiri) dilantik sebagai ketua jurulatih interim, manakala Fandi (kanan) pula memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kelab Sri Pahang FC. — Facebok/ Sri Pahang FC

TEKA-TEKI mengenai individu yang bakal menggantikan Christophe Gamel sebagai Ketua Jurulatih Sri Pahang FC kini terjawab, selepas dua nama yang disebut-sebut tidak dilantik memegang jawatan tersebut.

Dua nama berkenaan merupakan jurulatih dari Singapura iaitu Fandi Ahmad atau V Sundramoorthy.

Sebaliknya, pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih interim bagi saingan Liga Super pasukan itu hingga akhir musim ini.

Pelantikan Dollah Salleh atau lebih dikenali sebagai Pablo Dollah adalah untuk mengambil alih tugasan Christophe Gamel yang telah ditamatkan perkhidmatan.

"Kelab juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Christophe Gamel," kata pengurusan Sri Pahang FC dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Sri Pahang juga berbesar hati mengumumkan legenda Singapura, Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal.

Katanya, Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang, yang mana beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim serta merupakan anggota skuad kejuaraan berganda bagi Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.

"Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang," katanya.

Sementara itu, rata-rata penyokong Tok Gajah tidak berpuas hati dengan pelantikan Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih.

template - 2022-07-21T175033.007

Tangkap layar komen netizen berhubung pelantikan Dollah sebagai pengendali interim Sri Pahang FC.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan tersebut pada musim lalu kurang mendapat kepercayaan penyokong, selepas pasukan tersebut tidak menunjukkan prestasi konsisten.

Justeru, kebanyakan penyokong dilihat kesal kerana tidak mahu Sri Pahang dikendalikan oleh individu sama.

Kamal Iwan menulis: Boleh dah tukar nama Sri Dollah FC. Tahun depan Dollah pengurus, coach (jurulatih) baharu. Lepas tu (apabila) tak perform, Dollah take over (ambil alih) semula.

"Dah beritahu, dalam pasukan jangan ada orang-orang lama dah. Tak pernah dibuat orang."

Selain itu, MaRkk Topoi berpendapat lebih baik Gamel terlibat semula dalam pasukan itu berbanding Dollah.

"(Gamel) baru sertai team Pahang dah nak suruh angkat piala. Mana mahunya. Takkan hari ni kahwin, esok dah beranak.

"Patut rombak pengurusan bukan pecat coach," katanya.

Mohd Faizal berkata: "Pablo is back. Padan gitu la tiap-tiap tahun penyokong Sri Pahang yang tak berseri kena lipat. Gimik je lebih, akhirnya Pablo Dollah juga."

Ahmad Tamrin menambah: "In Pablo we trust. Long Ball manjang ler."

Terdahulu, Dollah berkhidmat sebagai ketua jurulatih Sri Pahang FC pada 2017 hingga 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram