Proses naturalisasi Lee Tuck dan Aguero masih diperhalusi — MFL


  • Podium
  • Rabu, 20 Jul 2022

Proses naturalisasi Lee Tuck dan Aguero bersama MFL sedang berjalan dengan lancar. — Facebook / Sri Pahang FC

KETUA Pengarah Eksekutif Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam dalam sidang media pada Rabu menyatakan bahawa status naturalisasi dua pemain iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero masih dalam proses.

Stuart menjelaskan bahawa proses yang sedang dijalankan antara MFL dan Sri Pahang sedang berjalan dengan lancar, lapor MakanBola.

"Tentang rayuan Sri Pahang, kita masih dalam proses antara MFL sendiri dan Sri Pahang. Prosesnya berjalan lancar jadi dengan itu pemahaman dari Pahang dan MFL sama, mereka juga mempunyai kehendak dan tiada masalah untuk kami.

lee-tuck-2021-800x533

Lee Tuck pernah mendakwa bahawa dirinya mempunyai pertalian darah dengan negara ini. Facebook / Sri Pahang FC

Bagaimanapun Stuart memaklumkan bahawa keputusan sebenar berkaitan hal itu masih belum dapat diluluskan.

"Apa yang dalam manual dah termaktub prosesnya, jadi kita perlu diperhalusi. Selepas kemukakan surat itu, kami terbuka mendengar.

"Saya menyerahkan surat dan segala butiran kepada sekreteriat, presiden dan ahli lembaga pengarah," ujar Stuart. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram