SABAH FC berkemungkinan berdepan dengan hukuman beraksi tanpa penonton sekiranya pemain nombor 12 mereka mengulangi insiden provokasi yang menyaksikan penyokong skuad Sang Badak membaling botol dan melemparkan kata-kata kesat selepas tamat perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi Liga Super, Jumaat lalu.
Insiden buruk yang mencemari Stadium Likas, Sabah tersebut berlaku ekoran penyokong Sabah FC tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil Mohd Fusser Mad Sallih memberikan sepakan percuma kepada JDT di luar kotak penalti Sabah pada saat-saat akhir masa kecederaan.
Berdasarkan satu video yang tular di media sosial, penyokong Sabah FC dilihat bukan sahaja membaling botol, malah terdapat juga insiden di mana seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Sabah FC bertindak menurunkan bendera Johor dengan kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyokong Harimau Selatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam mengakui pihaknya akan meneliti laporan daripada Komisinor Perlawanan mengenai berkenaan insiden tersebut dan keputusan akan diberikan dikeluarkan dalam masa 10 hari lagi.
"Kami akan menyemak laporan MC (Kominisor Perlawanan) dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut tahap keseriusan kesalahan yang berlaku.
"Jika didapati bersalah, pasukan boleh dikenakan denda. Bayaran denda juga berdasarkan tahap kesalahan yang dilakukan para penyokong. Ini semua akan dinilai berdasarkan laporan MC nanti.
Stuart Ramalingam berkata pihaknya akan mengeluarkan keputusan tersebut dalam masa 10 hari lagi.— Bernama
"Jika berulang atau mereka melaratkan lagi insiden sedia ada, tidak mustahil skuad Sang Badak akan bermain tanpa penonton. Atau dalam erti kata lain, penyokong disekat dari masuk ke perlawanan seterusnya.
"Keputusan akan keluar dalam masa 10 hari lagi. Mengikut prosedur, kami perlu kemukakan laporan bertulis kepada kelab bagi mendapatkan penjelasan. Proses tersebut perlu dihormati" katanya kepada Majoriti.
Terdahulu, pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir meminta penyokong agar lebih berdisiplin pada masa akan datang kerana tindakan berbaur provokasi seperti yang terjadi pada malam perlawanan Sabah - JDT boleh menyebabkan pasukan menerima akibat termasuk didenda oleh MFL.
Pada aksi Jumaat lalu, JDT menang 2-1 hasil dua jaringan Fernando Forestieri sementara satu gol Sabah disumbangkan oleh Park Tae-su. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram