Corbin Ong dinobat antara pertahanan terbaik Asia


  • Podium
  • Selasa, 19 Jul 2022

Corbin mengemudi bahagian pertahanan kiri JDT dengan cukup sempurna apabila berjaya merantai jentera serangan lawan. — Facebook/Johor Southern Tigers

TONGGAK pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), La’vere Corbin Ong sekali lagi mencetuskan fenomena apabila tersenarai dalam kelompok pertahanan terbaik pada kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Selatan sehingga menyaksikan pasukan itu mara ke pusingan kalah mati.

Corbin mengemudi bahagian pertahanan kiri JDT dengan cukup sempurna apabila kelibatnya seringkali menghantui barisan serangan lawan.

Berdepan dengan pemain berkelas elit di Asia, bekas pemain Go Ahead Eagles itu terus menampilkan aksi memukau untuk meranapkan hasrat pasukan lawannya itu.

Memetik laporan portal Makan Bola, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pertahanan kebangsaan tu berada dalam kategori pertahanan terbaik peringkat kumpulan baru-baru ini.

Beliau mencatatkan rekod sebagai pertahanan paling banyak melakukan bantuan gol iaitu sebanyak 3 kali sepanjang aksi peringkat kumpulan berlangsung.

Bukan itu sahaja, dari aspek bertahan pula, Corbin merekodkan 26 kali kemenangan perebutan bola (duels won) dengan 83% hadangan bersih berada dalam simpanannya.

Kebolehan luar biasa dan juga fleksibiliti pemain kelahiran Barbados-Malaysia ini menjadi nadi kemenjadian JDT untuk terus mengorak langkah dalam saingan berprestij ini.

Kini, cabaran terbesar pasukan adalah untuk berdepan dengan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds pada pusingan kalah mati nanti sekaligus memberikan debaran buat semua terutamanya peminat bola sepak Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Corbin Ong, JDT, pemain pertahanan, ACL, AFC,