'Ubi muda' sandaran Pan-gon menjelang aksi Piala Asia 2023?


  • Podium
  • Isnin, 18 Jul 2022

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-gon berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023. — Facebook / FAM

SUSULAN kejayaan yang dikecapi skuad bawah 19 tahun negara di kempen Piala AFF tempoh hari, dikhabarkan beberapa orang pemain muda kebangsaan kini sedang diintai untuk diserap masuk ke kem Harimau Malaya.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapannya di Twitter pada Ahad memaklumkan bahawa satu ataupun dua orang pemain dikatakan sedang berada dalam radar barisan kejurulatihan Harimau Malaya, lapor MakanBola.

Screenshot 2022-07-18 at 10-41-36 Kim Pan-gon Intai Pemain Bawah 19 Tahun Perkuat Harimau Malaya

Tangkap layar ciapan Twitter oleh Zulhelmi Zainal Azam tentang pemain muda negara. Twitter

Pemain muda yang akan terpilih ini bakal menjalani latihan pusat bersama kem senior negara di bawah kendalian Kim Pan-gon yang dijadualkan pada bulan September nanti.

Selepas pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-gon berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia, kesungguhan serta kerja keras pasukan muda negara ini berjaya menambah episod bermakna arena bola sepak Malaysia untuk tahun 2022.

293170379_739866977086541_3581359299934548150_n

Skuad muda kebangsaan dinobatkan sebagai juara Piala AFF B-19 dengan kemenangan bergaya, 2-0 keatas pasukan Laos. Facebook / FAM

Dua jaringan menerusi Faiz Amer Runnizar dan Aliff Izwan Yuslan berjaya memastikan skuad Harimau Muda dinobatkan sebagai juara Piala AFF B-19 dengan kemenangan bergaya, 2-0 keatas pasukan Laos.

Wira-wira muda negara ini selamat mendarat ke Malaysia pada Sabtu dan mereka akan kembali pulang ke pangkuan pasukan masing-masing untuk terus fokus, mengecapi kejayaan-kejayaan seterusnya bersama kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram