Saya tak nak bayar, undang-undang bola sepak apa ni? — Zamsaham


  • Podium
  • Selasa, 12 Jul 2022

Penyokong bola sepak kedua-dua kelab itu jelas kecewa apabila ia terpaksa dibatalkan. — Agensi

PEMBATALAN perlawanan persahabatan di antara Kelantan FC dan skuad PSPS Riau yang dijadualkan berlangsung pada Khamis petang sememangnya mengecewakan pemilik kedua-dua pasukan tersebut, Norizam Tukiman.

Dalam satu kenyataan di laman rasmi Kelantan FC menyatakan, polis di Pekan Baru, Riau, Indonesia meminta wang sebanyak 40,000,000 rupiah (RM 11,826.75) kira-kira sejam sebelum sepak mula.

Difahamkan, duit berkenaan adalah sebagai yuran bagi menjaga keamanan sepanjang perlawanan berlangsung dan pihak polis Pekan Baru mendesak untuk mendapatkan wang itu daripada pasukan PSPS Riau.

Mengetahui hal berkenaan, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali melakukan pembayaran tanpa sebarang kenyataan bertulis secara rasmi.

"Saya tidak akan membayar jumlah yang bayaran diminta tanpa mereka memberikan saya kenyataan hitam putih. Saya tak nak ikut undang-undang yang tidak jelas.

Norizam enggan tunduk pada undang-undang yang tidak jelasFacebook pspsriau_

"Saya kongsi di Facebook dengan tujuan semua orang tahu, inilah cabaran dunia bola sepak. Apa yang saya boleh bagitahu, pemain semua dalam keadan baik-baik sahaja," katanya kepada Majoriti.

Berdasarkan laporan portal Goriau, kedua-dua pasukan sudah tiba di stadium dan para penyokong juga mulai membanjiri Stadium Utama Riau sejak pukul 3 petang lagi bagi menonton perlawanan itu.

Melihat kegusaran penyokong yang kecewa dengan insiden tersebut, Norizam berjanji akan memulangkan semula duit tiket mereka.

"Jangan risau. Mana-mana penyokong yang dah beli tiket, saya sendiri akan pulangkan semula duit semua. Doakan supaya kes ini selesai," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram