ISU senioriti dan longevity (tempoh pengalaman) seseorang pemain dalam sesebuah kelab bola sepak dianggap boleh membantutkan perkembangan bakat-bakat muda di negara ini.
Pemerhati sukan, Bvrd Ortega menyifatkan situasi itu berlaku kepada setiap pasukan dalam liga Malaysia (Liga M) selain gergasi Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).
Menurutnya, jika seseorang pemain senior itu tidak beraksi secara konsisten sekalipun, jurulatih tetap menagih khidmat pemain terbabit atas dasar pengalaman yang ada pada mereka.
"Tapi dekat pasukan-pasukan lain selain JDT pun, pemain utama tak perlu risau (kerana boleh diturunkan dalam kesebelasan utama)," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Katanya, oleh sebab itu, projek bola sepak pasukan di Malaysia diibaratkan seperti one-off project tanpa satu kesinambungan dari segi bakat muda.
"Agak-agak pemain dah 'barai', reset semula pasukan lepas tu buat baru. Kiranya sampai bila-bila pun fasa pembentukan pasukan tu akan bermula semula setiap kali munculnya musim baru," katanya.
Safawi tidak banyak diturunkan pada musim ini kerana prestasi kurang konsisten. — Facebook
Dia memberi contoh apa yang terjadi terhadap pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali yang kerap kali ditagih khidmatnya ketika bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim lalu.
"Suatu masa dulu Kedah terlalu bergantung harap kepada Rizal Ghazali dekat posisi bek kanan. Sepatutnya dah lama pasukan Kedah perlu cari pemain lain sebagai backup kepada posisi tu.
"Bukan bermaksud nak ketepikan Rizal sebaliknya sebagai pelan kecemasan jika dia tak dapat beraksi. Ataupun dalam situasi lain, Rizal menyertai pasukan lain (seperti yang terjadi selepas perpindahannya ke Sabah).
"Pada masa sama, (jika masih bersama Kedah), benda tu (rotation pemain) boleh bagi cabaran kepada Rizal untuk mengekalkan prestasi di tahap terbaik supaya posisi tersebut tidak diambil oleh pemain lain," katanya.
Selain itu, Bvrd Ortega turut memberikan contoh perbandingan antara dua pemain sayap JDT, Safawi Rasid dan Arif Aiman Hanapi.
"JDT banyak signing (pemain) tapi kesebelasan utama skuad Harimau Selatan tidak terganggu. Kalau nak ganti pun, mereka akan cuba ganti pemain yang mungkin dah tak konsisten contohnya seperti Safawi dengan Arif Aiman.
Daniel Ting (berbaju merah) ketika bersama skuad Kuala Lumpur City FC. — Bernama
"Walaupun Safawi masih lagi boleh beraksi dengan baik tapi dia tak konsisten. Konsistensi tu ada pada Arif Aiman.
"Meskipun demikian, Arif Aiman sendiri belum boleh rasa selesa sangat dekat posisi itu sebab Safawi akan sentiasa mengintai untuk mendapatkan semula posisi berkenaan.
"Yang ni orang selalu sebut sebagai persaingan sihat. Baik untuk kelab dan juga pemain tu sendiri serta bagus untuk pasukan kebangsaan, Harimau Malaya," katanya.
Dia turut merasakan JDT antara contoh pasukan yang bukan baru dibentuk sebaliknya memiliki kesinambungan pemain daripada musim-musim lepas.
"Apa yang JDT ada dalam skuad mereka ketika ini sebenarnya dah betul-betul solid. Mereka ada skuad pertama yang dah memang solid untuk semua kejohanan tak kira domestik atau peringkat Asia," katanya.
Tambahnya, JDT juga sentiasa mencari pemain lain bagi menggantikan tonggak pasukan mereka yang sedia ada jika situasi kecederaan atau perpindahan pemain berlaku.
Dia memberikan contoh Daniel Ting, pemain bek pertahanan yang baru menandatangani kontrak bersama JDT yang mana posisi tersebut sebagai cover up kepada Corbin Ong.
"Kalau tak silap pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) cakap signing (Daniel Ting) tu adalah untuk bagi cabaran kepada Corbin yang dah lama selesa dekat posisi tu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram