
TEKANAN semakin memuncak buat pasukan Selangor yang mana prestasi mereka kini sedang berada dalam keadaan yang tidak baik.
Penyokong kini sudah semakin hilang sabar dan ada desakan yang mahukan jurulatih iaitu Michael Feichtenbeiner untuk disingkirkan, lapor Semuanyabola.
Malah, ada yang mengatakan perlawanan pada Jumaat akan menjadi detik terakhir jurulatih dari Jerman itu seandainya mereka tersingkir dalam saingan Piala FA di tangan Kuala Lumpur City.
Menyedari maruah dan potensi akan terus tidak berjaya untuk saingan seterusnya, penyokong Selangor melancarkan perang saraf terhadap pasukan sendiri untuk memastikan kejayaan diraih pada Jumaat.
Gerakan ultra Selangor iaitu UltraSel melancarkan perang saraf terhadap pasukan untuk menyedarkan betapa pentingnya memenangi Piala FA musim ini.
Ini sekali gus membolehkan mereka untuk layak ke saingan Asia musim hadapan.
Dalam sebuah rakaman yang dikongsikan di media sosial, pengikut UltraSel sedang menyiapkan kain rentang yang tertulis "Ayuh Pergi Asia Bossku" yang sebelum ini pernah ditayangkan ketika perlawanan akhir Piala FA 2018 menentang Pahang.
Penyokong Selangor menyampaikan mesej kepada pemain agar serius mengubah nasib pasukan selepas beraksi buruk kebelakangan ini.
Kain rentang itu kemudiannya dipasangkan di sekitar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor dan jalan-jalan yang menghampiri tempat itu.
Ini tidak lain daripada ingin menyampaikan mesej kepada pemain agar serius mengubah nasib pasukan selepas beraksi buruk kebelakangan ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram