Gagal konsisten antara 3 punca kekalahan Sang Kenari di tangan TFC


  • Podium
  • Khamis, 07 Jul 2022

Sebahagian aksi Kedah ketika bertemu Terengganu dalam aksi saingan kedua Piala FA 2022 di SSMZA. — Facebook

KEDAH Darul Aman (KDA) FC gagal untuk mengulangi impak kejayaan seperti di Bali, Indonesia apabila mereka merekodkan kekalahan ketika menentang Terengganu FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA 2022.

Dalam perlawanan tersebut, jelas Sang Kenari tampil dengan serba-serbi tidak menyakinkan sehingga lawan berjaya menguasai permainan untuk satu jangka masa yang agak lama.

Ini ada tiga punca mengapa Kedah gagal untuk melakar kejayaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak pada Rabu.

291122401_459847195976636_5512880158967617177_n

Kedah gagal membuat serangan daripada import mereka, Mahmoud Al-Mardi. — Facebook

1) Pertahanan Kedah gagal tangani barisan serangan tuan rumah

Meletakkan empat pemain pertahanan tempatan dalam perlawanan jelas kelab tersebut tiada lagi pilihan apabila bekas pertahanan mereka, Marc Vales tidak lagi bersama pasukan.

Gandingan Akmal Zahir dan Rodney Celvin dilihat sukar untuk mengekang serangan tuan rumah yang diketuai oleh Kpah Sherman.

Selain itu, pertahanan kiri dan kanan Kedah juga dianggap sangat rapuh apabila pemain lawan sewenang-wenangnya memecah masuk untuk membuat umpanan ke dalam petak penalti.

292258340_1500064940424182_1251031962282741245_n

Kedah sukar untuk mengekang serangan tuan rumah yang diketuai oleh Kpah Sherman (kiri). — Facebook

2) Gandingan Petrus Shitembi, Habib Haroon, dan Manuel Ott cengkam kawasan tengah

Kedah dilihat bermasalah dalam perlawanan untuk menguasai posisi tengah apabila lawan tampil cemerlang menerusi gandingan tiga pemain import mereka iaitu Habib Haroon, Petrus Shitembi, serta Manuel Ott.

Walaupun meletakkan tiga pemain di posisi tersebut juga, skuad Hijau Kuning gagal untuk mengimbangi kekuatan lawan yang dilihat lebih kreatif dan mempunyai persefahaman lebih kukuh berbanding pelawat.

291327555_459847192643303_2510198556975990590_n

Terengganu mempunyai pelan persediaan lebih baik untuk menghadapi Kedah. — Facebook

3) Konsistensi sepanjang perlawanan

Kedah mula dilihat mendapat keyakinan lebih baik untuk memberi aksi berkualiti menjelang penghujung perlawanan.

Mereka dilihat serba-serbi tidak stabil di segenap posisi sehingga mudah dimonopoli lawan beberapa kali sepanjang permainan berlangsung.

Berbanding skuad Sang Penyu, mereka mempunyai pelan persediaan lebih baik untuk menghadapi Kedah. Ketiadaan seorang pemain atas layangan kad merah langsung tidak memberi sebarang kesukaran buat anak buah Nafuzi Zain konsisten sehingga wisel dibunyikan.

Kesimpulan

Kedah tampil dalam perlawanan dengan keadaan serba-serbi tidak cukup untuk mengetepikan cabaran Terengganu di tempat lawan.

Mereka ada masalah persefahaman sesama rakan sepasukan serta sudut kreativiti serangan yang statik untuk mudah diteka lawan.

Terengganu pula berjaya mengulangi falsafah mereka dengan memfokuskan satu penyerang dan memberi tumpuan di bahagian tengah dengan baik untuk menguasai perlawanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram