Perancis haramkan penggunaan perkataan eSports


  • eSports
  • Khamis, 02 Jun 2022

Idea asalnya adalah untuk memudahkan masyarkat negara tersebut berkomunikasi antara satu sama lain. — Agensi

PIHAK berkuasa Perancis telah mengharamkan penggunaan beberapa istilah teknologi dan 'gaming' dalam usaha memurnikan bahasa kebangsaan mereka.

Menurut The Guardian, Kementerian Kebudayaan negara tersebut telah memberitahu bahawa sektor permainan video kini terlalu penuh dengan kata-kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris, yang boleh menjadi penghalang untuk difahami kepada golongan bukan 'gamers'.

Kementerian itu menegaskan yang barisan pakar bahasa telah mencari di laman-laman web dan majalah gaming untuk melihat sama ada istilah-istilah itu sudah wujud atau belum dalam bahasa ibunda negara itu.

Idea asalnya adalah untuk memudahkan masyarkat negara tersebut berkomunikasi antara satu sama lain.

Antara istilah gaming yang telah pihak kerajaan sediakan untuk digunakan secara rasmi adalah 'pro gamer' kepada 'joueur professionnel', 'streamer' (joueur-animateur en direct), 'cloud gaming' (jeu video en nuage), dan 'eSports' (jeu video de competition).

Perubahan itu telah dikeluarkan dalam jurnal rasmi kerajaan sekaligus bermaksud ia kini telah mendapat pengiktirafan kerajaan.

Beberapa istilah permainan biasa telah diterjemahkan dalam cara yang agak direka-reka, bagaimanapun menganggap Perancis akan membuat pertimbangan yang lebih baik sama ada perubahan ini benar-benar menghilangkan halangan berkomunikasi atau dengan sengaja mencipta bahasa baharu.

Pada bulan Februari, badan pemerhati kebangsaan Académie Française menyatakan bahawa istilah bahasa Inggeris seperti "big data" dan "drive -in" membawa kepada perbezaan makna dalam bahasa Perancis. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram