Kisah gemilang JDT bersiaran di bumi Perancis, Mora kagum sikap 'all in' TMJ


  • Podium
  • Khamis, 30 Jun 2022

Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri yang boleh menawarkan 40,000 tempat duduk. — Facebook

PRESTASI membanggakan Johor Darul Takzim (JDT) dalam Liga Malaysia musim ini mencuri perhatian agensi berita antarabangsa, France24.com.

Portal itu menyiarkan artikel bertajuk 'With royal backing and a Snoop Dogg rap, Malaysia minnows challenge best in Asia' pada Khamis (30 Jun 2022).

Dalam artikel itu menyebut Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi tunjang kelab JDT membantu skuad Harimau Selatan menjadi salah satu kelab terkemuka Asia.

Promosi bijak dengan melibatkan penyanyi rap Amerika Syarikat, Snoop Dogg turut membantu menaikkan jenama JDT.

Kelab itu berasal daripada Johor FC dan kelab-kelab lain di Selatan tanah air yang suatu ketika dahulu bermain di liga bawah bola sepak Malaysia.

Namun, semua itu mula berubah pada 2012, apabila Tunku Ismail yang ketika itu Tunku Mahkota Johor mengambil alih Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sekali gus menjadi titik tolak kepada perubahan struktur bola sepak Johor.

553

Saat kegemilangan JDT ketika menjuarai AFC 2015. — Facebook

Dengan nama jolokan baharu, 'Harimau Selatan', JDT setapak demi setapak mendominasi bola sepak Malaysia selepas menjadi juara Liga Super 2014 selain layak ke pusingan akhir Piala Malaysia dan juga ke separuh akhir Piala FA.

Pada April, JDT menjadi kelab pertama dari Malaysia berjaya ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.

Kini kelab kendalian Benjamin Mora itu akan berdepan gergasi benua Asia dan juara Asia dua kali, Urawa Red Diamonds dari Jepun untuk mendapatkan tempat dalam kelompok lapan terakhir.

"Ini adalah tuaian benih yang ditanam 10 tahun lalu dengan pelbagai usaha keras.

"Kami pasukan yang sangat kecil berbanding gergasi Asia," kata pengurus dari Mexico itu sambil menambah bahawa semangat juang JDT menjadikan mereka pesaing yang serius.

288629228_2317620521734567_8347301648416062071_n

Tunku Ismail membawa suatu perubahan yang besar kepada struktur bola sepak Johor. — Facebook

Berbalik kepada usaha Tunku Ismail, baginda meneruskan rombakan besar dalam organisasi, menaik taraf stadium dan membawa masuk pemain dan kakitangan terbaik dari luar negara.

Pasukan itu dijenamakan semula pada 2013 sebagai Johor Darul Takzim yang mana dua perkataan terakhir bermaksud 'tempat tinggal' dan 'maruah' dalam bahasa Arab. Nama itu sebagai satu penghormatan bagi Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Tunku Ismail, anak sulung Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menubuhkan kelab itu pada 2013 sebelum baginda diumumkan sebagai pemiliknya pada 2016.

Pertarungan sengit

Mora yang bermula dengan pasukan simpanan JDT pada 2015, sebelum menjadi jurulatih pasukan utama pada 2017 berkata, pendekatan secara langsung Tunku Ismail banyak membantu pasukan itu.

Bagi kebanyakan pemilik kelab, keutamaan mereka bukanlah permainan tetapi industri dan jaringan rangkaian yang boleh mereka lakukan.

"Tetapi Tunku Ismail tidak, baginda all-in dan minat dalam segala-galanya termasuk barangan dagangan, pemain import, pemain tempatan, kakitangan dan sesi latihan," kata Mora.

288929045_2320059294824023_2888913549341743381_n

Mora menyifatkan semangat juang JDT menjadikan mereka pesaing yang serius. — Facebook

Pasukan yang itu memenangi Liga Super pada 2014, dan pada tahun berikutnya menjadi pasukan Malaysia pertama memenangi Piala AFC, kejohanan kelab benua peringkat kedua Asia, menewaskan Istiklol Tajikistan 1-0.

Dalam usaha untuk meningkatkan profil mereka, JDT baru-baru ini menampilkan Snoop Dogg untuk mempersembahkan rap berjudul 'Pioneers', bersama artis hiphop Malaysia, Joe Flizzow.

Video muzik berwarna-warni itu memaparkan aksi pemain, penyokong mengibarkan bendera dan percikan bunga api di Stadium Sultan Ibrahim, yang dibuka pada 2020 dengan menawarkan 40,000 tempat duduk.

gol30_1651320311

JDT muncul kelab negara pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua ACL. — Facebook

Pemain pertahanan JDT, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang bersama kelab itu sejak 2013 berkata, akses kepada peralatan baharu seperti mesin terapi oksigen dan sauna inframerah memberika satu perubahan besar.

"Saya tidak pernah melihat pasukan lain di Malaysia mempunyai fasiliti seperti apa yang JDT ada," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Pemain JDT kini membentuk sebahagian besar skuad kebangsaan, Harimau Malaya dengan 13 daripada mereka dalam senarai 23 pemain untuk kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun.

288668417_2320059944823958_6929162271837378322_n

Pemain JDT perlu menampilkan permainan yang hampir sempurna dalam pertemuan menentang Urawa Reds.

Bagaimanapun, perlu diteliti sama ada barisan pemain JDT itu boleh melakukan suatu perubahan kepada prestasi buruk pasukan kebangsaan, yang hanya berada di ranking ke-147 dunia.

Di sebalik kebangkitan pesat mereka, JDT berdepan pertarungan sengit menentang pasukan terbaik Asia dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia pada Ogos, setelah diundi menentang Urawa Reds dari Jepun.

“Ia hampir mustahil kerana pasukan Jepun dan Korea sangat kuat,” kata Mora.

"JDT perlu menampilkan permainan yang hampir sempurna, tanpa kesilapan," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram