Sikap tenang Mauricio bakal dirindui, penyokong beri hadiah khas sebagai kenangan bersama JDT


  • Podium
  • Khamis, 30 Jun 2022

Mauricio berjaya membantu JDT menjulang lapan trofi dalam tempoh empat tahun bersama skuad Harimau Selatan. — Facebook JDT

SELEPAS kemenangan 4-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Selasa, penyokong sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Mauricio Dos Santos.

Sebelum ini, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Isnin mengumumkan pemain pertahanan import mereka, Mauricio sah meninggalkan skuad berkenaan selepas menabur bukti selama empat tahun.

Dalam satu perkongsian video, Mauricio dilihat singgah ke tepi stadium untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setia JDT atas sokongan yang diberikan sejak 2018.

Video perkongsian dari penyokong JDT sewaktu Mauricio menyapa mereka.

Malah, penyokong skuad Harimau Selatan juga sampat memberi sehelai mafla JDT kepada Mauricio sebagai tanda kenangan.

“Dengan kemenangan malam tadi keatas PJ City. Satu saat terakhir sebagai tanda penghormatan buat tanker (pertahanan) JDT iaitu Mauricio. Hanya mafla yang dapat kami berikan sebagai tanda kenangan.

"Terima kasih untuk semuanya tanker. Semoga maju jaya dan kami akan rindukan anda,” kata laman kelab penyokong JDT, Gate C Supporter.

Selain disifatkan sebagai tanker terbaik JDT, sikap Mauricio yang tenang di atas padang juga akan diingati oleh para penyokong skuad Harimau Selatan.

“Sayunya. Suka tengok ketenangan dia semasa perlawanan,” kata rozi.

“Salah seorang import yang tidak banyak songeh. Jalankan tugas yang diberi dengan baik,” ujar penyokong, Naim Pilah.

“Terima kasih Mauricio kereta kebal yang terbaik selain Marcus. Selama bersama JDT dapat pertahankan Liga Super. Terime kasih untuk segalanya,” kata Zainal Amir.

m

Mauricio singgah berjumpa penyokong JDT buat kali terakhir. — Facebook JDT

Sepanjang bersama JDT, pemain dari Brazil itu sudah merasai tiga kejuaraan Liga Super, satu kejuaraan Piala Malaysia iaitu pada tahun 2019 dan empat kali memenangi Piala Sumbangsih.

Secara keseluruhan, Mauricio berjaya membantu JDT menjulang lapan trofi dalam tempoh empat tahun bersama skuad Harimau Selatan.

Susulan peninggalan Mauricio, JDT mengumumkan bintang naturalisasi Indonesia, Jordi Amat sebagai pemain pertahanan import baharu mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram