Cari kapten mentaliti juara, penyokong Terengganu dahagakan takhta juara 


  • Podium
  • Selasa, 28 Jun 2022

Terengganu FC perlu taktik baharu untuk bergelar juara. — Terengganu FC

TIDAK tergolong dalam kelompok lima teratas dalam senarai pasukan Liga Super, penyokong Terengganu FC tetap meletakkan kepercayaan tinggi untuk merebut gelaran juara sekalig gus menjulang piala pada musim ini.

Laungan semangat itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook, Terengganu FC yang meminta agar pemain mempertaruhkan aksi perlawanan konsisten untuk dijadikan kunci kemaraan pasukan.

Barisan penyokong turut tidak akan berundur apatah lagi menafikan sokongan kepada pasukan yang bakal berdepan dengan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu (29 Jun)

sokongan tfc

Tangkap layar perkongsian positif untuk menaikkan semangat penyokong TFC. — Facebook.

"Ini rumah kita, di sini kita tidak pernah sendiri, ianya bakal menjadi malam yang diingati! Kita kembali renungkan, untuk kita boleh kembali berdiri, untuk kembali boleh menemui rentak terbaik. Ia memerlukan usaha dari semua pihak, bukan sahaja pemain, jurulatih, pengurusan kelab, tetapi juga dari penyokong.

"Namun untuk kita mengekalkan rentak sehingga ke akhirnya, ia memerlukan lebih daripada itu. Ia memerlukan pengorbanan dan penyediaan mental yang kuat dan sanggup berbuat apa sahaja untuk kita berjaya capai apa yang kita impikan. Kita bukan pasukan yang mewah, tetapi kita sebuah pasukan yang mempunyai jiwa besar," katanya.

ganu koemn4

Sebahagian komen penyokong yang meluahkan pandangan di Facebook. — Facebook

Gagal memberikan persembahan cemerlang, penyokong Skuad Penyu masih ada yang meletakkan kepercayaan terhadap kendalian Nafuzi Zain ini.

"Setuju. Konsisten kalau nak berada tiga pasukan terbaik dalam liga. Penyokong bukan nak ganti tempat jurulatih, tetapi jurulatih perlu memenuhi standard yang telah ditetapkan. Penyokong faham setiap perlawanan ada turun naik rentak, tapi penyokong tak faham mengapa perlu mengekalkan pemain yang tidak memberikan persembahan terbaik," kata Nazli Suhardi.

"Sesuai untuk naikkan semangat penyokong untuk terus menyokong. Hargai penyokong," kata Topik Kak Zam.

Meksipun kata-kata semangat sudah disuntik, namun masih ada yang kurang percaya dengan kemampuan pasukan untuk merebut tiga kedudukan utama.

"Maaf admin. Saya bukan jurulatih berlesen, tetapi dengan keadaan penyerang dan penjaga gol tahun ini, saya rasa susah untuk kita lawan posisi top 3," kata Mohd Albukini.

"Jurulatih sepatutnya kena cari kapten yang betul-betul ada mentaliti juara, bijak mengetuai pemain lain dalam padang. Tenang dan sentiasa bagi semangat pada pemain lain. Bukan dia buat perlawanan jadi perlahan. Kapten ini jeneral perang kita tengah padang tu. Dulu seronok tengok kapten Terengganu, Zulharisam Awang," kata Zamri Zakaria.

komen ganu3

Sebahagian komen penyokong yang meluahkan pandangan di Facebook. — Facebook

"Jangan terlalu nak eksperimen lagi dengan dua penyerang. Benda yang sama kerap berlaku. Kelemahan ketara TFC adalah 'ketumpulan' bahagian serangan. Bahagian tengah banyak lagi kena baiki. Pertahanan kurangkan kesilapan," kata Izat Kimie. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram