Siapa layak 'cover' Corbin, Natxo? 6 calon potensi dari Kedah, Pahang dan Selangor


  • Podium
  • Isnin, 27 Jun 2022

Corbin (kiri) dan Natxo antara dua tonggak JDT yang disifatkan berada dalam kelas tersendiri. — Facebook

JOHOR Darul Takzim (JDT) mengumumkan empat pemain baharu di jendela perpindahan kedua dalam saingan Liga Malaysia 2022.

Setakat Ahad, Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers belum memuat naik identiti empat pemain yang direkrut itu.

Di sebalik desas-desus penyertaan dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan ke skuad JDT, penyokong Harimau Selatan menzahirkan kerisauan terhadap posisi dua pemain tonggak kelab itu yang dianggap sukar dicari ganti.

Buat masa ini, pemain di bahagian pertahanan, Natxo Insa dan pemain bek kiri, Corbin Ong disifatkan berada dalam kelas tersendiri.

Tanpa pemain yang boleh menggantikan posisi mereka dengan baik, skuad Harimau Selatan dikhuatiri bakal tempang jika tiada pemain yang layak menggantikan mereka sebagai rotation.

Natxo dianggap defensive midfielder yang mempunyai tahap kecergasan tinggi, kerap turun naik, cepat membantu pertahanan dan pantas menyokong serangan.

photo1656245154

Tiga pemain yang dirasakan mampu menggantikan Natxo. — Facebook

Pemain yang sesuai menggantikan Natxo ialah Brendan Gan yang disifatkan seorang ball winner. Dia yang kini bermain dengan Selangor FC memiliki fizikal tegap dan berani bersaing dengan lawan yang berfizikal lebih besar dan tinggi.

Selain Brendan, pertahanan Kedah FC, Rodney Celvin juga calon yang layak berdasarkan kecekapannya membuat hantaran, manakala Nor Azam Azih yang beraksi cemerlang dengan skuad Harimau Malaya juga layak menggantikan Natxo.

Azam yang juga menjadi nadi utama kepada skuad Pahang FC dalam mengimbangi di bahagian tengah dirasakan pemain muda yang lincah, dinamik, serta laju yang mampu menggantikan Natxo.

Sementara itu, di bahagian pertahanan kiri, Corbin Ong sebenarnya dirasakan sukar dicari ganti kerana pemain warisan itu memiliki perwatakan tersendiri.

Pemain berusia 31 tahun ini tenang dalam situasi kritikal, cepat membaca situasi dalam padang untuk berubah posisi dari pertahanan ke bahagian tengah mahupun menjadi penyerang.

Dia juga sentiasa on form dan tidak pernah cedera selain bijak menjaga diri hingga sering diberi kepercayaan bermain 90 minit sejak menyertai JDT.

Tiga nama yang disebut ini walaupun tidak setanding Natxo, tetapi mereka antara pemain tengah terbaik yang ada dalam Liga Super ketika ini dan dijangka mampu menggalas tugas untuk menggantikan bintang JDT itu.

photo1656245322

Tiga pemain yang dirasakan memiliki kualiti yang paling dekat dengan Corbin. — Facebook

Daniel Ting yang kini berehat dari dunia bola sepak dikatakan ada kualiti paling dekat dengan Corbin, justeru dia dirasakan antara pemain yang boleh dipanggil balik untuk backup posisi berkenaan.

Walaupun lebih selesa bermain di posisi pertahanan tengah, Daniel juga berkeupayaan diterapkan di bahagian bek kiri.

Malah kelebihannya untuk menggunakan kekuatan kedua-dua kaki kanan dan kiri pasti memberi kelebihan buatnya dalam posisi pertahanan dan menjadi nilai tambah sebagai seorang pertahanan.

Selain Daniel, penyokong merasakan pertahanan Selangor FC, Fazly Mazlan juga patut diberi semula peluang untuk cover Corbin memandangkan dia pernah dianggap produk terbaik JDT sebelum ini.

Dengan usianya mencecah 28 tahun, Fazly sudah boleh dianggap sebagai pemain yang matang dan boleh beraksi dengan baik bersama pasukan seperti JDT.

Calon lain tentunya Ahmad Khuzaimi Piee yang menyinar semasa aksinya dengan Harimau Malaya dalam aksi saingan kejohanan Piala Asia 2023.

Pertahanan Negeri Sembilan FC itu dilihat mampu menggalas tugas di benteng pasukan selain boleh bermain dalam intensiti tinggi.

Lihat saja bagaimana pemain berusia 28 tahun itu membantu pasukannya bertahan ketika tewas tipis kepada JDT dalam saingan Liga Super bulan lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram