‘Tinggalkan Malaysia enggan divaksin, alih-alih ke JDT,' Daniel Ting ulangan kisah Sumareh


  • Podium
  • Isnin, 27 Jun 2022

Skuad Harimau Selatan bukanlah asing buat pemain itu memandangkan sebelum ini dia pernah beraksi bersama JDT II pada musim 2016 hingga 2017. — Twitter JDT

PEMAIN kacukan Malaysia-England, Daniel Sang Ting ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bukan lagi sekadar khabar angin kosong apabila halaman rasmi Twitter skuad itu baru sahaja mengumumkan ketibaan bekas pemain Kuala Lumpur (KL) City itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Isnin.

tangkap layar

Tangkap layar video ketibaan Daniel Ting di di Stadium Sultan Ibrahim.

Bekas tonggak pertahanan Kuala Lumpur (KL) City FC itu sebelum ini dilaporkan bahawa kontraknya bersama skuad itu ditamatkan kerana enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Kuala Lumpur Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad.

Pada 14 Mac lalu, laporan media memetik kenyataan Khalid Samad yang mendakwa pemain yang berusia 29 tahun itu dilaporkan telah ditamatkan kontrak oleh KL City.

Beliau mendedahkan punca utama Daniel digugurkan daripada skuad warga kota itu kerana enggan mengambil suntikan vaksin susulan peningkatan kes Covid-19.

Daniel tidak mahu mengambil suntikan vaksin dan sekarang dia berada di UK. Dia dah tinggalkan KL City,” kata Khalid Samad melalui laporan dalam New Straits Times

Malah Khalid Samad dengan beraninya mendakwa kontroversi Daniel Ting itu ada kaitan dengan cubaan kelab mendapatkan khidmatnya secara rundingan 'pintu belakang'.

photo1656316902

Laporan sebelum ini yang menyebut tentang dakwaan Khalid Samad.

Bersama KL City, Daniel Ting berjaya membantu merangkul Kejuaraan Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan pasukan JDT di pentas akhir.

Perpindahan Daniel Ting juga membawa sedikit spekulasi lain yang mana beliau sebelum ini tekad untuk meninggalkan KL City FC dan gigih ingin mencari pasukan baru di England namun sebaliknya berlaku pada jendela perpindahan kedua ini.

Skuad Harimau Selatan bukanlah asing buat pemain itu memandangkan sebelum ini dia pernah beraksi bersama JDT 2 pada musim 2016 hingga 2017 sebelum dipinjamkan ke Negeri Sembilan dan membuat 17 penampilan bersama PKNS setahun kemudian.

Perpindahan pemain berusia 30 tahun itu ke skuad Harimau Selatan menghangatkan kembali dakwaan wujudnya rundingan 'pintu belakang' seperti didakwa penyokong dan sesetengah kelab sebelum ini.

"Kan Daniel Ting tinggalkan kelab Malaysia sebab tidak nak vaksin. Kenapa tiba-tiba nak ikut kelab Malaysia balik? Dah vaksin ke?" soal penyokong, Syabil Lee.

"Dulu pakai mak ayah, satu campak Polis Tero (Kelab Thailand) tak pun Melaka, satu bagi duit suruh tebus kontrak, sekarang suruh kawan tidak payah balik, kata tidak nak ambil vaksin. Yang lain dah 50 langkah, tapi tradisi rembat ikut belakang tetap dikekalkan," kata Muhammad Alif Lukman merujuk kepada sikap segelintir kelab menyambar pemain kelab lain dengan menebus kontrak.

"Kelab hebat tapi pengurusan player mesti ada isu. Rodney dari selangor ke Kedah dibeli dengan cara baik. Badrol ke Sabah dilepaskan dengan cara baik oleh Kedah. Dan banyak lagi player yg dilepaskan dengan cara baik. Tapi bila ke negeri tu mesti ada isu aje. Pelik juga kan," kata Azlan Abd Kadir.

Perpindahan Daniel Ting mengingatkan penyokong kisah seorang lagi pemain yang didakwa dimeterai menerusi pintu belakang adalah pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh.

Pada 2020, Sumareh yang ketika itu beraksi bersama Pahang FC dilaporkan tidak menjalani latihan selama sebulan selepas pasukan itu gagal membayar gaji pemain itu.

Tidak lama selepas itu, Sumareh menghantar surat pembatalan kontraknya kepada Pahang FC berdasarkan Klausa 8.7 yang menyatakan bahawa pemain boleh membatalkan kontrak jika pasukannya tidak membayar gaji lebih dari satu kali.

Susulan itu, Sumareh dikaitkan dengan perpindahan ke JDT dan Selangor FC.

Namun apa yang mengejutkan, Sumareh tiba-tiba dikaitkan berpindah ke kelab Thailand, Police Tero FC, seminggu sebelum perpindahan ditutup pada September 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram