HANYA dalam tempoh lima bulan, Farhan Roslan sekali lagi menemui kata sepakat untuk menamatkan kontrak bersama Kelantan FC.
Kelantan FC dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, pemain sayap lincah itu memilih untuk bersama pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022.
Pada Januari lalu, pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama pasukan The Red Warriors (TRW).
Ketika mewakili Kedah Darul Aman (KDA) FC bermula 2014 hingga 2021, Farhan yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu membuat 64 penampilan dan menjaringkan 6 gol.
Sementara itu, ketika bersama Perak FC secara pinjaman pada 2021, beliau menjaringkan satu gol menerusi lapan penampilan pada musim 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram