Kenali 3 bakal import Perak FC, bakal lonjak semula reputasi Bos Gaurus


  • Podium
  • Rabu, 15 Jun 2022

Tiga pemain import itu akan beraksi bersama Indra Putra Mahayuddin dalam Perak FC pada musim ini. — Facebook/Perak Football Club

SIAPA sangka pasukan yang hampir disingkirkan dari Liga Premier akibat kemelut kewangan yang dihadapi berjaya diselamatkan dengan bantuan dari syarikat XOX Berhad iaitu membeli skuad The Bos Gaurus pada 29 April lalu.

XOX Berhad bukan sahaja membayar semula tunggakan gaji pemain dan barisan jurulatih serta pengurusan kelab Perak FC, malah syarikat berkenaan juga membeli beberapa bintang baharu termasuklah tiga pemain import pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Antara perpindahan yang dilakukan oleh pasukan The Bos Gaurus adalah dengan membawa masuk tiga pemain berstatus bintang iaitu Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Ahmad Syamim Yahya untuk memperkuat pasukan itu.

Selain tiga bintang itu, pada Rabu, Perak FC sekali lagi mengumumkan bakal pemain baharu mereka iaitu Stipe Plazibat, Luciano Guaycochea serta Sunday Kolawole Afolabi dan ketiga-tiga mereka akan mengisi kuota import untuk skuad The Bos Gaurus.

Khabar berita itu membuatkan ramai penyokong Perak FC berasa teruja dan menunggu apa aksi yang bakal dipamerkan oleh mereka.

Berikut adalah pemain import baharu yang bakal disambar Perak FC pada jendela perpindahan kedua Liga M musim ini.

1. Stipe Plazibat

pemain 1

Plazibat selama empat musim di Singapura.

Penyerang berumur 32 tahun itu dikenali dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak di Asia Tenggara ekoran sebelum beliau menabur bakti selama empat musim di Singapura dan setahun bersama Bangkok Glass (Thailand).

Kelab Singapura yang menggunakan khidmat beliau ialah pasukan Lion City Sailors, Plazibat turut pernah beraksi bersama kelab Singapura lain iaitu Home United dan Hougang United.

Setelah beberapa musim berkelana di Singpura, beliau dipilih sebagai sebahagian daripada skuad Pilihan Singapura untuk Piala Sultan Selangor yang diadakan pada 6 Mei 2017 namun disebabkan kecederaan yang dialami dalam perlawanan Liga Premier Singapura, Plazibat terpaksa menarik diri daripada skuad.

Kekuatannya di bahagian jentera serangan dapat dibuktikan apabila pemain kelahiran Croatia itu berjaya membantu pasukan Lion City Sailors dengan menjaringkan 59 gol dalam 63 penampilan pada musim terakhirnya (2020/2021) sebelum berhijrah ke kelab Romania, Ac Clinceni.

2) Luciano Guaycochea

pemain 2

Guaycochea bermain sebagai pemain tengah.

Meskipun pemain tengah, Luciano Guaycochea tidak mempunyai pengalaman dalam bola sepak Asia Tenggara namun kemahirannya yang boleh dilihat sewaktu bersama kelab di Amerika Selatan seperti Deportivo Morón (Argentina) dan Zulia FC (Venezuela).

Bersama Zulia FC, Guaycochea berjaya menyumbangkan sebanyak 10 gol, lapan hantaran bantuan dalam 50 penampilan bersama pasukan tersebut pada musim 2016/2017.

Mankala bersama kelab terakhirnya pula iaitu Deportivo Morón, pemain kelahiran Argentina itu berjaya menjaring sebanyak dua gol dalam 10 perlawanan.

Pemain berusia 30 tahun ini boleh beraksi sebagai pemain tengah penyerang sekiranya dan berkemungkinan boleh bersilih ganti dengan Wan Zack Haikal Wan Noor sekiranya bintang baharu itu mengalami kecederaan.

3) Sunday Kolawole Afolabi

pemain 3

Afolabi merupakan pemain muda dari Nigeria.

Bintang muda Nigeria, Sunday Kolawole Afolabi yang baru berusia 22 tahun merupakan pemain yang beraksi di posisi tengah bertahan baharu dalam skuad Perak FC dan pemain ini bersama Guaycochea bakal diuji menentang Christian Seoul University pada Ahad.

Sebelum menerima tawaran Perak FC, Afolabi beraksi untuk kelab FK Viktoria Zizkov yang berada berpangkalan di Republick Czech.

Beliau beraksi untuk MSK Puchov dalam Liga Divisyen Dua Slovakia dan telah diturunkan dalam enam perlawanan.

Meskipun kurang berpengalaman kerana usianya yang muda, Perak FC merupakan destinasi terbaik buat Afolabi mendapat lebih banyak minit permainan dan menggilap bakatnya dibawah kendalian Yusri Che Lah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram